Grup Lazarus, Bluenoroff dan Andariel ini didapati beroperasi di bawah arahan agensi risikan Korea Utara.
Pihak A.S telah mengambil tindakan terhadap 3 grup yang dipercayai terlibat dalam pembangunan dan penyebaran seterusnya melakukan serangan perisian hasad WannaCry yang berlaku pada 2017 dahulu.
Menerusi Jabatan Khazanah A.S, Pejabat Khazanah Kawalan Aset Asing (OFAC), A.S telah menyekat semua harta dan aset kewangan yang dimilik oleh grup Lazarus, Bluenoroff dan Andariel di A.S serta melarang sebarang urusan dibuat melibatkan aset-aset grup tersebut.
Grup penggodam ini memang menjadi perhatian oleh industri keselamatan komputer kerana mereka didapati aktif dalam aktiviti jenayah siber.
Malah mereka juga didapati menjalankan kegiatan penggodaman dan pembangunan perisian hasad atas arahan daripada pihak risikan Korea Utara (Reconnaissance General Bureau aka RGB).
Selain melakukan serangan siber menerusi WannaCry, mereka juga dipercayai bertanggungjawab terhadap penggodaman terhadap Sony yang berlaku pada November 2014 dahulu.
Sumber: Bleeping Computer
Berkaitan
- Penggodam Muda Dipenjara Selepas Menyamar Sebagai Mafia Bagi Mengugut Dan Meminta Apple Membayarnya Sebanyak USD100 Ribu
- Kerajaan A.S, UK Dan Kanada Menuduh Penggodam Russia Cuba Mencuri Vaksin COVID-19
- Grup Ransomware Baharu Dakwa Berjaya Godam Seluruh Sistem Sony
- Tesla Digodam, Penggodam Dihadiahkan Model 3
- Penggodam Boleh Eksploitasi Pepijat Dalam Sistem Tanpa Kunci Kereta Honda
- Aplikasi Antipenggodam Bakal Diperkenalkan Kerajaaan Untuk Pengguna
- Stesen Janakuasa Nuklear India Sah Digodam Oleh Grup Penggodam Dari Korea Utara
- Penggodam Mendakwa Sistem Bank Malaysia Hanyalah 'Cucu' Kepada Sistem Terdahulu
- Penggodam Mengeksploitasi 'Windows Error Reporting service' Dengan Melepaskan Kraken
- Penggodam Boleh Buat Salinan Data Daripada Bilik Kebal Kami - LastPass