Sony berkemungkinan tidak lagi akan membawa masuk model telefon pintar mereka ke Malaysia.
Sony dalam perancangan korporat mereka mendedahkan, Malaysia tidak lagi termasuk dalam fokus utama pasaran telefon pintar mereka.
Ia merujuk kepada peta pembentangan perancangan perniagaan yang didedahkan oleh laman XperiaBlog.

Daripada peta di atas dapat dilihat, bukan hanya Malaysia tetapi hampir sebahagian besar negara di dunia ini tidak lagi menjadi atau telah ditarik keluar sepenuhnya jualan telefon pintar Sony dari negara-negara tersebut.
Ini termasuklah India, Australia, Canada, Amerika Selatan, Mexico, Afrika dan lain-lain. Malah kilang mereka di China juga sudah diberhentikan operasinya.
Kini Sony hanya memfokuskan negara Jepun, Eropah, Taiwan dan Hong Kong sahaja untuk memasarkan telefon pintar mereka.
Sony ketika ini dilihat cuba untuk memulihkan kewangan mereka dengan melakukan penstrukturan semula pasaran produk mereka. Mereka mensasarkan memperoleh keuntungan menerusi perniagaan telefon pintar Sony pada tahun 2020 nanti.
Untuk mencapai sasaran tersebut, Sony telah memotong perbelanjaan keseluruhan mereka sehingga 57% untuk tahun 2020 nanti.

Jadi, ini mungkin bermakna, model telefon pintar premium terbaru Sony seperti XPeria 1 dan lain-lain tidak lagi akan memasuki pasaran Malaysia pada masa ini.
Sumber: Lowyat.net
Berkaitan
- Sony Diam-Diam Tidak Lagi Menjual Kamera DSLR
- Pembangun WannaCry Dan Penggodam Sony Dikenakan Tindakan Oleh A.S
- Sony Dan Facebook Menarik Diri Dari Menyertai Acara GDC 2020
- Ini Rupa Animasi Logo PS5 Apabila Memulakan Permainan Pada Konsol Sony Terbaru Itu
- Sony Bukan Pemilik Tanda Dagang 'PS5' Di India. Ia Dimiliki Oleh...
- Sony Xperia 1 IV Rasmi Dilancarkan, Tiada Kabel Dan Pengecas Di Dalam Kotak
- Aksesori Hub USB-C Dari Sony Ini Merupakan Yang Terpantas Di Dunia
- 2 Model Sony Walkman Terbaru Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Grup Ransomware Baharu Dakwa Berjaya Godam Seluruh Sistem Sony
- Mahukan Jenama Elektronik Yang Berikan Impak Sosial Paling Ketara? Beli Produk Sony Berbanding Apple - Forbes