Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aksesori Hub USB-C Dari Sony Ini Merupakan Yang Terpantas Di Dunia

Aksesori Hub USB-C Dari Sony Ini Merupakan Yang Terpantas Di Dunia

Diterbitkan Julai 17, 2019 oleh ariff bukhari

Kelajuan pindahan data mampu mencecah sehingga 1000MB/s.

Sony telah perkenalkan aksesori hub USB-C terbaru, MRW-S3 di laman sesawang mereka. Mereka mendakwa hub USB-C terbaru yang dihasilkan mereka ini  mampu mencapai kelajuan pindahan data selaju 1,000 MB/s. Sekaligus menjadikannya hub USB-C yang terpantas di dunia.

MRW-S3 dilengkapi dengan sambungan 1x USB-A dan 1x USB-C berasaskan USB 3.1 Gen 2, 1x HDMI yang menyokong paparan 4K (30 fps), 1x USB PD bagi pengecasan peranti sehingga 100W, 1x slot kad microSDXC dan 1x slot kad SDXC yang menyokong piawaian UHS-II.

Aksesori Hub USB-C Dari Sony Ini Merupakan Yang Terpantas Di Dunia

Sambungan-sambungan yang terdapat pada hub USB-C tersebut pastinya amat berguna pada para pengguna profesional, khususnya dalam bidang industri kreatif.

Aksesori Hub USB-C Dari Sony Ini Merupakan Yang Terpantas Di Dunia
Menyokong piawaian UHS-II membolehkan kelajuan pindahan data kad SD di MRW-S3 mampu mencapai sehingga 300MB/s.

Walaubagaimanapun, setakat ini Sony masih belum memberikan info rasmi berkaitan  harga jualannya dan tarikh bila ia akan berada dipasaran .

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY