Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sony Mengejutkan Pengunjung CES Dengan Prototaip Kereta Vision-S

Posted on Januari 9, 2020

Vision-S dibangunkan dengan kerjasama Bosch, Continental dan beberapa rakan strategik Sony yang lain.

Pengunjung yang hadir di pameran CES 2020 dikejutkan dengan pendedahan prototaip kereta yang sedang dibangunkan oleh syarikat yang tidak dijangka iaitu Sony.

Ia sesuatu yang mengejutkan kerana Sony seperti yang diketahui umum merupakan syarikat pengeluar barangan elektonik dan hiburan terkenal di dunia.

Malah sebelum ini tidak ada sebarang khabar angin tentang Sony ingin menceburi industri automotif.

Sony Vision-S adalah kereta elektrik sepenuhnya yang dilengkapi dengan 33 sensor termasuklah sensor imej, cahaya dan jarak.

Kereta konsep itu dibangunkan hasil kerjasama dengan beberapa rakan strategik mereka termasuklah Bosch dan Continental.

Sony mendakwa, Vision-S mampu bergerak pada kelajuan 60 batu/jam hanya dalam masa 4.5saat sahaja. Serta mampu mencapai kelajuan maksimum 149 batu/jam. Tetapi tidak menyatakan berapa jauh kereta ini mampu pergi pada setiap kali baterinya dicas penuh.

Sony mensasarkan untuk menguji sepenuhnya prestasi dan teknologi Vision-S dalam bulan April tahun hadapan.

Walaubagaimanapun menurut jurucakap Sony, mereka tidak merancang untuk menjadi pengeluar kereta. Sebaliknya kereta prototaip tersebutĀ bertujuan bagi meningkatkan pembangunan dalam teknologi sensor dan keselamatan.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress