Berkeupayaan memproses grafik selaju 10.28 teraflop.
Sony telah pun mendedahkan secara rasminya, spesifikasi konsol permainan terbaru mereka , PlayStation 5 baru-baru ini.
Pendedahan itu dibuat dalam satu pembentangan khas oleh Sony selepas Microsoft mendedahkan secara lebih terperinci tentang spesifikasi konsol permainan terbaru Xbox Series X.
Sony mendedahkan, PlayStaion 5 akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Zen 2 pada kitaran kuasan 3.5Ghz, kuasa grafik berprestasi tinggi yang mampu memproses sehingga 10.28 teraflop, RAM GDDR6 berkapasiti 16GB dan storan pantas SSD berkapasiti 825GB.
Malah PS5 turut menyokong ciri tambahan storan dalaman jenis NVMe SSD dan storan luar menerusi sambungan USB.
Berikut adalah spesifikasi PlayStation 5 sepertimana yang didedahkan Sony.
Component | Spec |
---|---|
CPU | 8x Zen 2 Cores at 3.5GHz (variable frequency) |
GPU | 10.28 TFLOPs, 36 CUs at 2.23GHz (variable frequency) |
GPU Architecture | Custom RDNA 2 |
Memory/Interface | 16GB GDDR6/256-bit |
Memory Bandwidth | 448GB/s |
Internal Storage | Custom 825GB SSD |
IO Throughput | 5.5GB/s (Raw), Typical 8-9GB/s (Compressed) |
Expandable Storage | NVMe SSD Slot |
External Storage | USB HDD Support |
Optical Drive | 4K UHD Blu-ray Drive |
Jadi, antara konsol permainan popular PS5 Sony dengan Xbox Series X dari Microsoft, yang manakah lebih menarik perhatian anda?
https://www.youtube.com/watch?v=sSmWIR-D6ro&feature=emb_logo
Sumber: Cnet
Berkaitan
- PlayStation Store Menawarkan Judul Permainan Percuma Untuk Konsol PS4 Dan PS5
- Benarkah Sony Akan Menghasilkan Alat Kawalan PS5 Bertemakan McDonald's?
- Sony Mendedahkan Logo Rasmi PS5, Sah Akan Dipasarkan Tahun Ini
- Surface Duo, PS5 Dan Insta360 One R Antara Yang Tersenarai Dalam 100 Inovasi Terbaik Tahun 2020 Oleh Majalah Time
- Mengapa Konsol PS5 Sangat Besar? Bos XBox Menjelaskan...
- Ini Gambaran Awal Yang lebih Jelas Perbandingan Saiz Konsol PS5, Xbox Series S Dan Series X
- Pemain Gran Turismo 7 Akan Dapat Merasai Sistem Brek ABS Pada Alat Kawalan Konsol PS5
- Miliki PS5 Pada Harga RM2,155 dan Siri iPhone 15 Serendah RM66/bulan Dengan Tawaran Raya CelcomDigi
- Sony Bukan Pemilik Tanda Dagang 'PS5' Di India. Ia Dimiliki Oleh...
- Sony Tayang EV Dikawal Guna Alat Kawalan Jauh Konsol PS5