Syarikat elektronik gergasi Jepun, Sony, dilaporkan bakal menamatkan penglibatannya dalam pasaran pemain UHD Blu-ray selepas menghentikan jualan model terakhirnya, UBP-X700/K, di Jepun.
Langkah ini menandakan satu lagi perubahan besar dalam industri hiburan rumah yang semakin beralih kepada penstriman digital.
Menurut laporan, penghantaran model tersebut telah dihentikan dan stok sedia ada di Jepun tidak akan diisi semula.
Malah, Sony juga tidak mengumumkan sebarang model pengganti, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa syarikat itu sedang keluar sepenuhnya daripada segmen pemain UHD Blu-ray.
Jika keputusan ini diperluaskan ke pasaran global, konsol PlayStation 5 bakal menjadi satu-satunya peranti Sony yang masih menyokong cakera UHD Blu-ray.
Dengan pengunduran Sony, Panasonic mungkin menjadi satu-satunya jenama elektronik utama yang masih aktif menawarkan pemain UHD Blu-ray kepada pengguna.
Beli pemain Blu-Ray di:
- Shopee – https://invl.me/clo5egg
- Lazada – https://invl.me/clo5ege
