Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS5 DualSense Astro BOT_2

Sony Perkenal DualSense Astro Bot – Berharga RM399, Prapesan Bermula 9 Ogos

Diterbitkan Julai 30, 2024 ยท Dikemas kini Julai 30, 2024 oleh Amalina Athman

Sony Interactive Entertainment (SIE) kini mengumumkan alat kawalan wayarles DualSense baharu, iaitu Astro Bot Limited Edition.

Untuk makluman, Astro Bot pada asalnya merupakan watak utama dalam permainan PlayStation VR 2018.

Ia kemudian menjadi maskot konsol PlayStation dan akan kembali dalam permainan PS5 baharu yang bakal dilancarkan pada 6 September. Permainan ini menampilkan lebih 50 planet, kuasa baharu, sejumlah musuh, rahsia dan watak yang diselitkan PlayStation untuk dikumpulkan.

Berbalik kepada konteks, rekaan DualSense Astro Bot Limited Edition menampilkan elemen biru Astro pada pemegang dan butang, garisan sci-fi berukir serta sepasang mata Astro pada pad sentuh.

Sony Perkenal DualSense Astro Bot – Berharga RM399, Prapesan Bermula 9 Ogos

DualSense Astro Bot Limited Edition akan mula dijual pada hari yang sama permainan Astro Bot dilancarkan, iaitu pada 6 September 2024.

Berharga RM399, alat kawalan ini akan tersedia dalam kuantiti yang terhad – dengan prapesan dibuka mulai 9 Ogos 2024. Semakan pengedar sah boleh dilakukan melalui pautan INI.

Berkaitan

  • PlayStation Portal Berharga RM999, Prapesan Dibuka Mulai Minggu Depan

Sumber: PlayStation Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY