Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ps5 pro_letsgodigital

PS5 Pro Dilapor Tiga Kali Lebih Pantas, Mungkin Hadir Tahun Ini

Diterbitkan Mac 16, 2024 · Dikemas kini Mac 16, 2024 oleh Amalina Athman

Sony kini dilapor sedang membangunkan model PlayStation 5 Pro yang mungkin mempunyai kuasa pemprosesan grafik (GPU) jauh lebih berkuasa, sehingga tiga kali lebih pantas berbanding model PS5 sedia ada.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • PlayStation 5 'Slim' Kini Tersedia Untuk Prapesan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Saluran YouTube Moore’s Law is Dead pada awalnya mendakwa telah mendapat akses kepada dokumen gambaran teknikal untuk PS5 Pro, dengan nama kod “Trinity”.

Kini, Insider Gaming turut mengesahkan spesifikasi tertiris adalah benar dan konsol permainan itu dijangka akan dilancarkan lewat tahun ini.

Dokumen itu, yang dilaporkan disiarkan ke portal pembangun Sony sendiri, mengesahkan beberapa butiran berikut:

  • Rendering 45% lebih pantas berbanding PS5
  • 2-3x ray-tracing (x4 dalam beberapa kes)
  • 33.5 TFLOP
  • PSSR (PlayStation Spectral Super Resolution Upscaling) solusi penskalaan/anti-aliasing
  • Menyokong resolusi sehingga 8K untuk versi SDK akan datang
  • Seni bina pembelajaran mesin tersuai
  • AI Accelerator, menyokong 300 TOPS 8-bit / 67 TFLOPS 16-bit

Ketika ini, PS5 sedia ada mempunyai GPU dengan 10.28 teraflops (TFLOP). Ini bermakna, PS5 Pro akan mempunyai peningkatan prestasi sehingga tiga kali ganda.

Konsol permainan itu juga mungkin menawarkan sehingga 3 kali peningkatan prestasi pengesanan sinar (ray-tracing) serta 4 kali dalam beberapa kes.

Walaupun PS5 Pro dijangka akan dikeluarkan sekitar November 2024, Insider Gaming mengatakan tarikh berkenaan mungkin berubah kerana kekurangan permainan pihak pertama yang dikeluarkan pada PS5 tahun ini.

  • Beli produk Sony di Shopee: https://invl.io/clkv5b7
  • Beli produk Sony di Lazada: https://invol.co/clkv5b8

Sumber: Insider Gaming, via The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY