Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DRAGON BALL GEKISHIN SQUADRA

Bandai Namco Dan Google Cloud Lancar Permainan Baru ‘Dragon Ball’ Untuk Telefon Pintar

Diterbitkan September 11, 2025 ยท Dikemas kini September 11, 2025 oleh ariff bukhari

Bandai Namco Entertainment Inc. mengumumkan pelancaran global permainan baharu bertajuk “DRAGON BALL GEKISHIN SQUADRA”, sebuah permainan aksi berbilang pemain yang menyatukan pengalaman rentas platform.

Ini merupakan judul Dragon Ball pertama yang dibangunkan khas untuk telefon pintar dalam tempoh tujuh tahun, dan ia dibina sepenuhnya di atas infrastruktur awan Google Cloud.

DRAGON BALL GEKISHIN SQUADRA
Selain telefon pintar, DRAGON BALL GEKISHIN SQUADRA juga boleh dimainkan di pelbagai platform lain termasuklah iOS, Android, PC, Nintendo Switch, serta PlayStation 4 dan 5.

Permainan ini memperkenalkan gaya permainan empat-lawan-empat yang menekankan kerjasama pasukan untuk menembusi wilayah musuh dan merebut Dragon Ball .

Permainan DRAGON BALL GEKISHIN SQUADRA kini boleh dimuat turun secara percuma bermula di semua platform yang menyokongnya bermula 10 September 2025.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Kerajaan Jepun Rai 40 Tahun Dragon Ball Dengan Koleksi Syling Edisi Terhad
  • Tor Lancar Aplikasi VPN Khusus Untuk Telefon Pintar Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY