Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Solo Leveling: KARMA

Solo Leveling: KARMA Diumumkan, Akan Dibawa Ke PC, iOS Dan Android

Diterbitkan Julai 8, 2025 oleh ariff bukhari

Netmarble mengumumkan Solo Leveling: KARMA, sebuah permainan aksi  RPG baru berdasarkan siri Solo Leveling yang akan hadir di platform mudah alih iOS, dan Android serta PC.

Permainan ini memperluaskan lagi kisah Solo Leveling dengan cerita asli tentang Sung Jinwoo yang terperangkap dalam perang 27 tahun dengan para Monarch di Dimensional Gap.

Ia berpusat pada artifak “Broken Cup of Reincarnation” di mana ia kisah yang tidak diceritakan dalam karya asli Solo Leveling tentang Sung Jinwoo yang kembali ke masa lalu.

Dalam video acah yang diperkenalkan di Anime Expo, acara manga & anime terbesar di Amerika Utara baru-baru ini, ditampilkan aksi Jinwoo dengan berbagai senjata, kemunculan tentera bayangan serta pertarungan melawan raksasa ikonik seperti Statue of Carthenon Temple, Demon King Baran, Cerberus, dan Volkan, sambil memperkenalkan cerita asli dari KARMA.

Masih dalam peringkat pembangunan, buat masa ini, tiada tarikh pelancaran Solo Leveling: KARMA ini diumumkan.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Bandai Namco Umum “MY HERO ACADEMIA: All’s Justice" Untuk Konsol Dan PC
  • Garena dan KADOKAWA Dedah Treler Awal Anime Free Fire

Sumber: Netmarble Company

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY