Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SoftBank Akan Ambil Alih Syarikat Cip Ampere Untuk Kukuhkan Dominasi AI

SoftBank Akan Ambil Alih Syarikat Cip Ampere Untuk Kukuhkan Dominasi AI

Diterbitkan Mac 20, 2025 oleh Amsyar Latif

SoftBank Group mengumumkan bahawa mereka telah mencapai perjanjian untuk membeli syarikat semikonduktor AS, Ampere, dengan harga $6.5 bilion.

Langkah ini dibuat di tengah-tengah permintaan tinggi untuk cip akibat ledakan AI. Namun, SoftBank menjelaskan bahawa perjanjian ini masih perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa sebelum ia dimuktamadkan.

Ampere Computing ialah syarikat yang mereka bentuk cip berasaskan ARM, terkenal dengan teknologi berprestasi tinggi, cekap tenaga dan mesra alam, terutamanya untuk kegunaan AI.

SoftBank sebenarnya sudah pun memiliki majoriti saham dalam Arm Holdings, syarikat yang teknologinya digunakan dalam 99% telefon pintar di seluruh dunia.

Pengambilalihan ini, yang dijangka selesai pada separuh kedua 2025, akan mengukuhkan lagi pelaburan besar SoftBank dalam bidang AI.

Sebelum ini, pada Februari, SoftBank dan OpenAI turut mengumumkan kerjasama untuk membawa AI canggih kepada perniagaan. Malah, kedua-dua syarikat juga terlibat dalam projek Stargate—inisiatif AI bernilai $500 bilion yang diumumkan oleh Donald Trump pada Januari lalu.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • China Berjaya Cipta Teknologi Cip Berasaskan Bismut, Lagi Laju Daripada Cip Silikon
  • Boston Metal Cipta Rekod, Keluli Tanpa Karbon Jadi Realiti
  • AI Bantu Hotel Hilton Malaysia Cegah Pembaziran Makanan Ketika Ramadan

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY