Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 865 Plus Kini Rasmi Diperkenalkan

Snapdragon 865 Plus Kini Rasmi Diperkenalkan

Diterbitkan Julai 8, 2020 · Dikemas kini Julai 8, 2020 oleh Helmi Samsuri

Beberapa bulan yang lalu terdapat laporan menyatakan Snapdragon 865+ mungkin tidak akan diperkenalkan pada tahun ini. Tetapi kini, perkara sebaliknya yang berlaku dimana Qualcomm telah mengumumkan secara rasmi cip pemprosesan tersebut.

Melalui penawaran kali ini, kita boleh melihat perkara yang sama dilakukan Qualcomm dari Snapdragon 855 kepada Snapdragon 855+ iaitu menambah kelajuan teras utama. Jika Snapdragon 865 tampil dengan kelajuan teras utama Kryo 585 2.84GHz, pada Snapdragon 865+ ia telah dipertingkatkan kepada 3.1GHz.

Selain itu, Adreno 650 juga dikatakan 10% lebih laju dalam tugasan memproses grafik berbanding Snapdragon 865. Ia turut menyokong paparan yang mempunyai kadar segar semula 144Hz.

Penambahan lain yang dibawa pada versi “+” ini adalah FastConnect 6900 yang membawakan sokongan Wi-Fi 6e (6GHz) serta Bluetooth 5.2. Menurut Qualcomm, ia mampu mencecah sambungan Wi-Fi mudah alih paling pantas dalam industri.

Sumber: Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY