Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 845 Mungkin Dilancar Disember Ini

Snapdragon 845 Mungkin Dilancar Disember Ini

Diterbitkan Oktober 30, 2017 oleh Helmi Samsuri

Qualcomm diramal untuk mengumumkan cip pemproses terbaru, Snapdragon 845 pada bulan Disember ini. Difahamkan lagi cip tersebut akan berkongsi proses pembuatan sama seperti Snapdragon 835, iaitu 10nm FinFET yang mana ia akan membawa sejumlah besar perubahan selain peningkatan dari segi prestasi dan grafik.

Berdasarkan imej yang tertiris,  acara pengenalan itu bakal diadakan di Pulau Maoyi, Hawaii dan akan berlangsung dari 4 Disember hingga 8 Disember depan. Khabar angin lain pula mendapati Samsung teruja untuk memperkenalkan Galaxy S9 seawal yang mungkin dan Qualcomm turut dikatakan sedang bekerjasama dengan Xiaomi dalam menghasilkan cip bagi Mi 7.

Snapdragon 845 Mungkin Dilancar Disember Ini

Dijangkakan, Snapdragon 845 akan dilengkapi dengan 4 teras ARM Cortex-A75 dan 3 teras ARM Cortex-A53 serta digandingkan dengan Adreno 630 untuk keupayaan grafik. Selain itu, ia juga mungkin mempunyai sambungan modem X20 yang dijangka dapat memacu kelajuan muat turun sehingga 1.2Gbps.

Adakah anda menunggu ketibaan Snapdragon 845?

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY