Rasmi: Snapdragon 7+ Gen 2 Hadir Dengan Sokongan 200MP Dan Quick Charge 5.0

Qualcomm baru saja melancarkan Snapdragon 7+ Gen 2 yang dikilangkan oleh TSMC. Ya, tiada Snapdragon 7 Gen 2 pun sebelum ini.

Kata syarikat itu, mereka kini mengubah label ini di mana "+" bukan lagi menggambarkan peningkatan kecil tapi platform yang mana berada teratas dalam sirinya.



Justeru, mereka tidak menafikan jika 7 Gen 2 mungkin ada wujud selepas ini dengan konsep penjenamaan baharu ini.

Seperti tradisi siri 7++ sebelum ini juga, ia merupakan cip kelas pertengahan tinggi atau premium.

Apa yang ditawarkan



  • CPU Kryo 50% lebih tinggi (hingga 2.9Ghz)

  • Prestasi GPU 2X lebih baik

  • QHD+ dengan kadar segaran 120 FPS

  • Snapdragon Elite Gaming dengan Auto Variable Rate Shading

  • Qualcomm® Adreno™ HDR Fast Blend untuk cepatkan proses rendering

  • Qualcomm aptX™

  • 18-bit Triple ISP

  • Gambar RAW 18-bit

  • Foto 200MP

  • 5G mmWave dan Sub-6 Ghz (kelajuan maksimum 4.4 Gbps)

  • Qualcomm Sensing Hub

  • AI Super Resolution untuk upscale daripada 1080p ke 4K

  • Video Super Resolution (VSR) untuk kemampuan zum digital


Snapdragon 7+ gen 2

Auto Variable Rate Shading menjadi ciri untuk keseimbangan kuasa dan prestasi kerana kerana ia akan menjalan render bagi game yang sedang dimainkan dalam resolusi tinggi dan menggunakan resolusi rendah untuk apa-apa di latar (background).

Syarikat tidak mendedahkan pula apakah cip Adreno digunakan kali ini untuk GPU.

{suggest}

Bagi pengecasan pantas, ia menyokong Quick Charge 5.0 yang mampu dapat 50% bateri dalam masa 5 minit.

Antara menarik tentulah sokongan 200MP. Namun, apakah para pengeluar mahu guna lensa 200MP untuk telefon midrange mereka?

Ia akan mula tersedia bulan ini, bermakna peranti-peranti kelas pertengahan premium kelak mungkin dilengkapkan dengan 7+ Gen 2 ini.

Sumber: Qualcomm