Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Phone (2)

Nothing Phone (2) Sah Akan Dijana Cip Di Bawah Siri Snapdragon 8

Diterbitkan Mac 1, 2023 oleh Amalina Athman

Pada acara Mobile World Congress (MWC 2023) yang berlangsung di Barcelona, CEO Nothing Carl Pei telah mengesahkan Nothing Phone (2) akan dikuasakan cip di bawah siri Snapdragon 8.

Berkaitan

  • Carl Pei Sahkan Nothing Phone (2) Yang Akan Keluar Tahun Ini Lebih Premium
  • Nothing Phone (1) Mula Terima Android 13 Versi Stabil
  • Nothing Phone (1) Kini Boleh Dinaik Taraf Ke Android 13 Secara Rasmi

Selain pengesahan itu, tiada butiran lanjut mengenainya. Bagaimanapun, terdapat kemungkinan Nothing Phone (2) sekurang-kurangnya akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, mengambil kira ia merupakan cip terkini di bawah siri itu.

Snapdragon 8 Series LFG! 🔥 https://t.co/WShuoycQty

— Carl Pei (@getpeid) February 28, 2023

Dalam pengumuman yang sama, Pei turut mengatakan bahawa syarikat itu dijangka akan melancarkan produk baharu pada bulan depan.

Mengimbas kembali, Nothing Phone (1) diperkenalkan dengan janaan cip kelas pertengahan iaitu Snapdragon 778G+. Bagi Phone (2), Pei sebelumnya juga telah mengesahkan peranti yang akan dilancarkan tahun ini lebih premium berbanding Phone(1).

Dengan pengesahan cip yang bakal digunakan pada Phone (2) kelak, dijangka lebih banyak maklumat mengenainya akan didedahkan dari semasa ke semasa, menjelang pelancaran yang dijangka berlangsung sekitar suku ketiga tahun ini.

Sumber: XDA-Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY