Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jenama Kamera Yang Digunakan Untuk Penerbitan Netflix

Skrip Lengkap Siri ‘Stranger Things’ Dibukukan, Boleh Dibeli Pada Harga RM126.54

Diterbitkan Ogos 19, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 19, 2025 oleh ariff bukhari

Skrip penuh bagi empat musim dari siri popular Stranger Things, Netflix akan diterbitkan oleh Random House Worlds.

Koleksi bertajuk Stranger Things: The Complete Scripts ini bukan sahaja memuatkan teks penuh setiap episod, malah turut disertakan pengenalan eksklusif serta nota produksi daripada pencipta siri, Matt dan Ross Duffer.

Buku ini meengandungi dialog, arahan pentas, serta petunjuk nada yang membentuk lakonan dan rentak penceritaan.

Skrip Stranger Things s1
Jilid satu dan 2 buku ini akan dilancarkan pada 2 September 2025.
Skrip Stranger Things s2
Skrip Stranger Things s3
Jilid 3 dan 4 buku ini pula akan dilancarkan pada 9 Disember 2025.
Skrip Stranger Things s4

Kandungan skrip merangkumi dari musim pertama di Hawkins (1983) dengan kehilangan Will Byers dan kemunculan Eleven, hingga musim keempat yang berakhir dengan pertempuran menentang Vecna.

Koleksi Stranger Things: The Complete Scripts, Season 1, 2, 3 dan 4 ini boleh dipra tempah pada harga RM126.54 setiap satu dari stor Amazon. Ia juga tersedia dalam bentuk digital untuk platform Kindle pada harga RM63.25.

Penerbitan skrip ini dilihat sebahagian daripada trend baharu industri penerbitan yang mengkomersialkan francais skrin ke dalam bentuk cetakan untuk pengumpul dan peminat.

Pelancaran jilid ini akan berlangsung menjelang musim kelima Stranger Things yang bakal ditayangkan Netflix dalam tiga bahagian pada 26 November, 25 Disember dan 31 Disember 2025 dengan keseluruhan pelakon utama bakal kembali.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • (Video) Pelajar UiTM Hasilkan 41 Karya Animasi Membanggakan
  • Roblox Disaman, Didakwa Jadi Ruang Pemangsa Seksual Kanak-Kanak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY