Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Skrin Paparan Pixel 2 XL Dilaporkan Bermasalah

Skrin Paparan Pixel 2 XL Dilaporkan Bermasalah

Diterbitkan Oktober 23, 2017 · Dikemas kini Disember 3, 2017 oleh Helmi Samsuri

Tidak sampai sebulan peranti flagship ini dilancarkan, kini sudah timbul beberapa laporan berkaitan masalah dihadapi pemilik. Difahamkan, beberapa unit Pixel 2 XL mengalami masalah skrin paparan burn in dan Google dalam proses menjalankan siasatan.

Pertama kali dilaporkan di Twitter oleh Alex Dobie dari Android Central, beberapa orang pemilik peranti menyedari bahawa apabila mereka melihat skrin dengan latarbelakang kelabu, pengguna ternampak garis-garis berbentuk butang navigasi.

That’s some pretty wild OLED burn-in on the Pixel 2 XL after maybe 7 days of full-time use pic.twitter.com/EPJTs6D0Kg

— Alex Dobie (@alexdobie) October 22, 2017

Menurut 9To5Google, ia kelihatan seperti perisian butang navigasi pada Pixel 2 XL yang menyebabkan gangguan pada skrin OLED plastik buatan LG. Ghost image terlihat apabila pengguna cuba memaparkan secara skrin penuh.

Jurucakap Google memberi maklum balas bahawa mereka sedang dalam proses siasatan keatas laporan yang dibuat.

Ini bukanlah kali pertama masalah yang terjadi pada Pixel 2 XL, sebelum ini turut dilaporkan pemilik terlihat warna biru dan perubahan warna pada penjuru skrin paparan. Ada juga pemilik yang melaporkan telefon mereka itu memaparkan garis hijau dan beberapa gangguan paparan yang lain.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY