Skrin iPhone X Boleh Menghadapi Masalah Yang Sama Dengan Apa Yang Dialami Pixel 2

iPhone X merupakan peranti pertama dari Apple yang menggunakan teknologi skrin OLED. Ia bukanlah satu inovasi yang baru dari Apple kerana terdapat peranti lain di luar sana yang terlebih dahulu menggunakannya.

Skrin OLED atau 'Organic Light Emitting Diode' boleh memberikan kontras warna yang lebih baik berbanding teknologi LCD. Namun ada kelemahan yang terdapat dalam teknologi OLED ini seperti apa yang telah dialami oleh peranti dari Google, Pixel 2.

Pengguna Pixel mula mengalami masalah skrin mereka yang memaparkan sedikit imej yang 'melekat' di dalam skrin walaupun skrin tidak digunakan. Google sudah pun mula menyiasat insiden ini dan telah menambah tempoh waranti dari setahun kepada 2 tahun.

Walaupun Google menggunakan teknologi yang berbeza dari apa yang Apple gunakan untuk iPhone X mereka, Apple tetap mengingatkan pengguna mereka yang masalah yang sama mungkin akan dialami oleh peranti iPhone X. (Google menggunakan POLED yang bermaksud 'Plastic Organic LED manakala Apple menggunakan AMOLED- sama apa yang Samsung gunakan untuk peranti mereka).

Walaubagaimana pun, pihak Apple tidak menjelaskakn dengan terperinci apa masalah yang bakal timbul. Apa yang pasti, OLED tetap OLED dan pengguna seharusnya bersedia dengan segala kemungkinan.

Sumber