Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
skrin iPhone 15

Skrin iPhone Ada Kod QR Tersembunyi Bersaiz Sebutir Pasir Bagi Atasi Isu ‘Scam’ Skrin Rosak

Diterbitkan Oktober 2, 2023 · Dikemas kini Oktober 2, 2023 oleh ariff bukhari

Apple membelanjakan berjuta-juta untuk menambah kod bar pada paparan iPhone sebagai langkah penjimatan bag mengelakkan daripada dicaj ratusan juta oleh pengeluar yang mendakwa skrin peranti itu rosak walhal ia kemungkinan tidak pun berlaku sebenarnya.

Terdapat 2 kod QR dalam setiap skrin iPhone, dan ia ditambah pada titik yang berbeza, pada peringkat pembuatan yang berbeza. Laporan The Information konsisten tentang saiz kod, mengatakan bahawa satu adalah saiz sebutir pasir, tetapi kemudian menggambarkannya sebagai 0.2mm.

Sumber The Information juga memberitahu bahawa kod bar yang lebih kecil adalah bersaiz matriks 625 titik yang dibenamkan dengan laser. Ia juga tidak berada di tempat yang sama pada setiap iPhone.

iPhone 13 skrin

Jika kod yang lebih kecil adalah untuk menjejaki paparan yang hanya didakwa rosak, kod kedua pula adalah untuk kesalahan tulen. Kod yang lebih besar membolehkan Apple mengetahui mana antara dua firma yang membekalkan paparan yang benar-benar rosak ini.

Firma paparan China Lens Technology dan Biel Crystal antara syarikat pembekal utama skrin untuk produk Apple.

Laporan baharu daripada The Information tidak dapat memastikan sama ada kedua-dua syarikat itu pernah memalsukan laporan mereka kepada Apple.

Walau bagaimanapun, ia mendakwa bahawa 30% daripada skrin iPhone pernah dibuang sebagai rosak, menyebabkan Apple menanggung kos ratusan juta dolar. Tetapi susulan penciptaan sistem kod bar baharu Apple yang terukir pada kaca itu, kadar kegagalan itu kini turun kepada 10% sahaja.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Sebilangan 'Power Bank' USB-C Dilapor Tak Boleh Cas iPhone 15
  • Apple Sahkan Isu Kepanasan Melampau iPhone 15 Pro, Bingkai Titanium Bukan Punca

Sumber: Apple Insider

(Beli pelbagai produk Apple yang asli dari stor rasmi wakil-wakil penjual sah Apple di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY