Ia mengandungi data dan analisis berkaitan prestasi Perkhidmatan Selular Awam, Jalur Lebar Tanpa Wayar (3G, LTE, WiMAX) dan Berwayar (talian tetap).
Laporan tersebut memfokuskan terhadap beberapa metrik utama dan diukur berdasarkan Standard Mandatori yang dikeluarkan oleh SKMM. Antara metrik yang diukur adalah kelajuan muat turun dan muat naik, kependaman rangkaian, dan kadar kehilangan paket.
Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, Maxis dilihat memberi kelajuan muat turun terpantas dalam negara dengan purata kelajuan 25.60 Mbps. Ia merupakan tahun kedua Maxis merajai kategori tersebut, dimana tahun 2016 syarikat itu turut dinobatkan sebagai paling pantas dalam muat turun.

Difahamkan lagi perkhidmatan Webe dan Yes dengan tawaran LTE mencapai piawaian yang ditetapkan oleh SKMM.
Prestasi WiMAX juga dilihat tidak mampu menyaingi rangkaian LTE dan YES selaku pengendali perkhidmatan dilaporkan berada dalam proses peralihan kepada rangkaian LTE untuk seluruh negara.
Secara keseluruhannya, Maxis sekali lagi mengungguli carta teratas dengan prestasi yang membanggakan bagi kepantasan muat turun dan kadar kehilangan paket yang rendah.
Ia disusuli dengan Celcom 18.28 Mbps ditangga kedua, Digi 15.57 Mbps ditangga ketiga, dan Webe serta U Mobile masih berada ditakuk kelajuan purata yang rendah dalam perbandingan.

Selain itu, rangkaian yang boleh dikatakan berprestasi buruk adalah YES dimana SKMM melaporkan kadar kependaman dan kadar kehilangan paket berada pada tahap tinggi.
Untuk laporan lengkap seperti kelajuan purata untuk setiap negeri, anda boleh klik Laporan Prestasi Rangkaian 2017 atau Network Performance Report 2017.
Berkaitan
- Facebook Mahu Kalahkan LinkedIn
- Tambah Nilai Touch 'n Go E-Wallet Melalui Kad Debit Dan Kredit Alami Masalah Teknikal
- iPhone Di Jepun Bakal Disediakan Dengan Ciri Akses Kad Pengenalan Melalui NFC
- Syarikat Telco Malaysia Bekerjasama Menaik Taraf HSE
- Black Shark 3S Mungkin Dibawa Masuk Ke Malaysia Tidak Lama Lagi
- Google Drive Beri Ruang Simpanan Tanpa Had Untuk Data Sandaran WhatsApp
- Jualan Mi Band 4 Di Shopee Bermula Hari Ini Pada Harga RM149
- vivo Kini Jenama Telefon Pintar Kedua Terbesar Di Malaysia Untuk Suku Pertama 2020
- Google Bakal Adakan Acara Pelancaran 7 Mei Ini, Berkemungkinan Pixel 3a Dan 3a XL
- Fungsi Whatsapp "Status" Sudah Hadir Di Malaysia