Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem PADU Rasmi Dibuka Untuk Pendaftaran Dan Kemas Kini

Sistem PADU Rasmi Dibuka Untuk Pendaftaran Dan Kemas Kini

Diterbitkan Januari 2, 2024 ยท Dikemas kini Januari 2, 2024 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara rasmi kini melancarkan Pangkalan Data Utama (PADU).

Berkaitan

  • Mulai 2 Januari, Rakyat Malaysia Berumur 18 Tahun Ke Atas Boleh Daftar PADU
  • Kerajaan Saran Kemas Kini PADU Dalam Tempoh 3 Bulan
  • 3,000 Kad TNG NFC Percuma Untuk Pendaftaran Awal PADU

Dengan pelancaran itu, orang awam kini boleh mula mendaftar dan mengemas kini PADU melalui pautan padu.gov.my. Sistem ini akan dibuka kepada pengguna sehingga 31 Mac 2024.

Bagi yang tidak mempunyai capaian internet, pendaftaran juga boleh dibuat di Pejabat Operasi Negeri DOSM (dosm.gov.my/portal-main/directory) dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang berdekatan.

Untuk makluman, PADU merupakan sistem yang dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam daripada tiga agensi utama, iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan (DOSM) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan kerjasama pelbagai agensi lain.

Sistem PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia. Sistem ini juga akan menyokong proses penggubalan dasar dan pelaksanaan program kerajaan yang berpacukan data.

Ia berperanan untuk memastikan pengguna menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan (sekiranya layak) daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat, seperti penyasaran semula subsidi.

Walaupun maklumat profil dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber, sistem PADU dibuka kepada orang ramai untuk proses pengesahan maklumat serta memastikan data yang diperolehi oleh kerajaan adalah yang terkini dan tepat.

Untuk mengetahui lebih lanjut, termasuk pendaftaran dan kemas kini, layari portal rasmi PADU.

Sumber: Kementerian Ekonomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY