Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Saran Kemas Kini PADU Dalam Tempoh 3 Bulan

Kerajaan Saran Kemas Kini PADU Dalam Tempoh 3 Bulan

Diterbitkan Disember 30, 2023 · Dikemas kini Disember 30, 2023 oleh Amalina Athman

Kementerian Ekonomi sebelum ini memaklumkan semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat ke dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bermula 2 Januari 2024.

Terbaharu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat sehingga 31 Mac 2024, bagi tujuan penyasaran semula subsidi.

Berkaitan

  • Mulai 2 Januari, Rakyat Malaysia Berumur 18 Tahun Ke Atas Boleh Daftar PADU

Beliau menjelaskan kerajaan menggalakkan rakyat mengemas kini PADU bagi memastikan maklumat yang tersedia adalah yang terkini dan golongan yang sepatutnya layak tidak tercicir daripada menerima manfaat yang disediakan kerajaan seperti subsidi.

Menurutnya, tiada tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang tidak mengemas kini atau membuat pengesahan maklumat.

Akan tetapi, kerajaan hanya akan menggunakan maklumat yang sedia ada dalam pangkalan data untuk menentukan profil isi rumah dan kelayakan untuk menerima manfaat seperti subsidi bersasar dan sebagainya. Kata Rafizi,

…jadi kalau tak kemas kini, dia tiada masalah tapi jika tidak dapat (subsidi), jangan marah.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sistem PADU tidak akan diintegrasikan dengan mana-mana sistem maklumat daripada bank.

Ia susulan sistem bank yang termaktub di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 tidak membenarkan sebarang perkongsian berkaitan sistem data itu.

Sebaliknya, sistem PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam daripada tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan (DOSM) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi lain.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY