Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Xiaomi Pad 6 Rasmi – Snapdragon 8+ Gen 1, Skrin 144Hz

Siri Xiaomi Pad 6 Rasmi – Snapdragon 8+ Gen 1, Skrin 144Hz

Diterbitkan April 19, 2023 oleh Firdaus

Selain Xiaomi 13 Ultra yang dilancarkan semalam, Xiaomi juga turut memperkenalkan siri Pad 6 baharu dengan 2 model baru – Xiaomi Pad 6 dan Pad 6 Pro.

Xiaomi Pad 6

Spesifikasi

Kedua-dua tablet siri Pad 6 ini hadir dalam saiz skrin IPS LCD yang sama, berukuran 11″ dengan resolusi 1800 x 2880 dan sokongan kadar segar semula 144Hz.

Xiaomi Pad 6 and Pad 6 Pro announced

Selain itu, masing-masing akan menggunakan MIUIPad 14 yang berasaskan Android 13, dan tetapan 4 pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos.

Xiaomi Pad 6 Pro dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1, bateri 8,600mAh dengan pengecasan pantas 67W. Sementara itu, Xiaomi Pad 6 menggunakan Snapdragon 870, bateri 8,840mAh yang lebih besar tetapi pengecasan 33W sahaja.

Xiaomi Pad 6 and Pad 6 Pro announced

Xiaomi Pad 6 Pro menawarkan kamera utama 50MP dan 20MP kamera swafoto. Pad 6 pula menawarkan kamera utama 13MP dan 8MP untuk kamera swafoto.

Harga dan Ketersediaan

Xiaomi Pad 6 Pro in its three colors

Kedua-dua tablert ini sudah tersedia untuk di pratempah di China dan jualan akan dibuka pada 21 April ini.

Harga Xiaomi Pad 6 dan Pad 6 Pro adalah seperti berikut:

Xiaomi Pad 6

  • 6/128GB – CNY 1,999 (~RM1,099)
  • 8/128GB – CNY 2,099 (~RM1,355)
  • 8/256GB – CNY 2,399 (~RM1,545)

Xiaomi Pad 6 Pro

  • 8/256GB – CNY 2,699 (~RM1,739)
  • 12/256GB – CNY 2,999 (~RM1,935)
  • 12/512GB – CNY 3,299 (~RM2,125)

Kedua-dua model ini berkemungkinan besar akan memasuki pasaran tempatan dalam bulan Mei nanti.

Berkaitan

  • Tablet Galaxy Tab S9 Mungkin Hadir Seawal Ogos, Dilapor Bawa 5 Model Baharu
  • Ini Mungkin Harga Google Pixel 7a Dan Fold
  • Xiaomi 13 Ultra Rasmi - 50MP Kuad-Kamera Leica, Apertur Boleh Ubah
  • Pengguna EV Boleh Cas Di TNB Electron Secara Percuma Hingga 24 April Ini
  • Samsung Kembali Atasi Apple, Xiaomi, OPPO Dan vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY