Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung logo

Samsung Kembali Atasi Apple, Xiaomi, OPPO Dan vivo

Diterbitkan April 19, 2023 oleh ariff bukhari

Canalys dalam laporan terkini mereka memaklumkan, berlaku penurunan suku kelima berturut-turut untuk pasaran telefon pintar global di mana berlaku kejatuhan sebanyak 12% dari tahun ke tahun pada suku pertama pasaran telefon pintar global 2023.

Daripada 5 pengeluar utama telefon pintar dunia, Samsung adalah satu-satunya vendor terkemuka yang mencapai pemulihan suku ke suku dan bergelut kembali ke nombor satu dengan bahagian pasaran sebanyak 22%.

Sementara itu, Apple jatuh ke tempat kedua dengan penguasaan pasaran sebanyak 21%, merapatkan jurang antara dirinya dan Samsung hasil daripada permintaan kukuh pengguna terhadap siri iPhone 14 Pro pada suku pertama 2023.

Xiaomi pula memegang kedudukan nombor tiga dengan penguasaan pasaran sebanyak 11%.

Ia merupakan penurunan sebanyak 2% berbanding suku pertama tahun 2022 dahulu.

OPPO dan vivo pula masing-masing masih mengukuhkan kedudukan mereka di rantau Asia Pasifik dan pasaran tempatan dengan masing-masing menyumbang 10% dan 8% daripada bahagian pasaran.

canalys Q1 2023
canalys Q1 2023

Berkaitan

  • Kuota Internet Tambahan Percuma Untuk Pelan Prabayar Sempena Aidilfitri - Fahmi
  • Xiaomi 13 Ultra Rasmi - 50MP Kuad-Kamera Leica, Apertur Boleh Ubah
  • Pengguna EV Boleh Cas Di TNB Electron Secara Percuma Hingga 24 April Ini

Sumber: Canalys

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY