Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
originos 7

OriginOS 7 Rasmi, Ini Peranti vivo Yang Akan Terima Kemas Kini Seawal 21 September 2026

Diterbitkan September 21, 2026 · Dikemas kini September 21, 2026 oleh ariff bukhari

vivo hari secara rasminya mengumumkan versi terkini sistem operasi peranti pintar mereka, OriginOS 7  yang menggabungkan kelancaran prestasi, kecerdasan buatan, dan pengalaman visual yang lebih segar.

Malah OriginOS 7 turut memfokuskan kepada kelancaran jangka panjang walaupun selepas 72 bulan penggunaan, sokongan multitugas, dan kesalinghubungan merentas ekosistem.

Antara teras utama ialah Origin Smooth Engine yang mengoptimumkan grafik, memori dan penjadualan, disokong oleh Ultra-Core Computing untuk pengagihan sumber pintar.

WhatsApp Image 2026-09-21 at 18.53.34

Fungsi Memory Fusion pula meningkatkan penjimatan storan sehingga 25GB pada peranti 256 GB, manakala Dual Rendering menambah kecekapan pemaparan sebanyak 14.4% untuk menjana visual yang lebih lancar merentas antara muka.

Ciri Origin Workbench membolehkan sehingga lima aplikasi aktif dalam satu ruang kerja, menjadikan multitugas lebih mudah dan konsisten.

Dari segi interaksi, Fluid Motion dan Spring Animation memberikan pergerakan semula jadi, menjadikan setiap sentuhan terasa lebih responsif.

OriginOS 7 Rasmi, Ini Peranti vivo Yang Akan Terima Kemas Kini Seawal 21 September 2026

OriginOS 7 turut menekankan kesalinghubungan merentas ekosistem termasuklah Apple Watch, AirPods dan iCloud, serta iPad, Mac dan Windows.

Selain itu, AI Agent Jovi bertindak sebagai pembantu pintar yang menyelaras tugasan merentas peranti, termasuk fungsi Snap Note untuk menukar nota atau imej kepada dokumen boleh sunting. Aspek keselamatan diperkukuh dengan Jovi Security yang menekankan ketelusan dan kepercayaan.

Dari segi tetapan peribadi, OriginOS 7 memperkenalkan tema interaktif seperti Wiggle, Glint, StickIt dan Pet Pals, serta pilihan Always-On Display (AOD) yang lebih dinamik.

originos 7 1

Pelancaran awal OriginOS 7 akan bermula 21 September 2026 untuk vivo X300 Pro dan beberapa model iQOO di India, Thailand dan Malaysia, sebelum diperluaskan ke siri X500, X Fold dan V.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Honor Lancar MagicOS 11, Ini Senarai Peranti Yang Disokong Setakat Ini
  • OPPO ColorOS 17 Rasmi, Ini Senarai Peranti Yang Akan Terima Kemas Kini Bermula 8 Oktober 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • WhatsApp Kini Benarkan Sesiapa Sertai Panggilan Tanpa Akaun, Percuma Tanpa Had Masa
  • Tak Lama Selepas Sony Berjaya Tutup Kedai Cetak Rompak PS5, Klon Lain Pula Muncul 
  • Indonesia Cadang Beri Telefon Percuma - Setiap Peranti Dilengkapi Akaun Digital
  • UniSHAMS Dan TP-Link Malaysia Jalin Kerjasama Lahirkan Bakat Teknologi Masa Depan Negara
  • 3 Headphone Jenis Retro Terbaik
  • Samsung Kekal Jenama Telefon Pintar Terbesar Di Dunia
  • Permainan Mudah Alih Rasmi Naruto Akan Dilancar Secara Global Di Platform iOS Dan Android
  • GTA 6 Dilapor Akan Tiba Ke Platform PC Seawal 2027
©2026 WISER.MY