Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo x50 malaysia

Siri vivo X50 Dengan Kamera Gimbal Akan Dilancarkan Di Malaysia 21 Julai Ini

Diterbitkan Julai 15, 2020 oleh Meor Hasyim

Peranti terakhir yang dilancarkan oleh vivo Malaysia sebelum ini adalah vivo V19. Untuk peranti seterusnya, pihak vivo akan memperkenalkan siri X50 terbaharu yang memfokuskan kamera bertarikh 21 Julai ini.

Siri vivo X50 Dengan Kamera Gimbal Akan Dilancarkan Di Malaysia 21 Julai Ini

Siri ini telah pun dilancarkan di China terlebih dahulu pada awal Jun dan ia membawakan 3 model dibawah siri ini iaitu X50, X50 Pro dan X50 Pro+. Antara yang menarik mengenai kamera adalah penawaran sistem gimbal dan juga sensor besar 50MP ISOCELL GN1 untuk siri tersebut.

Mengenai pelancarannya di Malaysia, ia akan diumumkan melalui Facebook Live di akaun rasmi vivo Malaysia pada pukul 6.30 petang. Setakat ini belum diketahui lagi jika vivo mahu membawa ketiga-tiga model tersebut ke Malaysia atau tidak.

Dari segi spesifikasi, keseluruhan siri X50 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 765G, RAM 8GB, storan dalaman sehingga 256GB, rangkaian 5G dan kapasiti bateri minimum 4,200mAh.

Sumber: Facebook vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY