Vivo X50 Pro+, X50 Pro Dan X50 Diumumkan, Dilengkapi Kamera Gimbal

Sepertimana yang dilaporkan tempoh hari, vivo akhirnya mengumumkan barisan peranti flagship terbaharu mereka dikenali sebagai vivo X50 Pro+, X50 Pro dan X50.

Bukan sahaja memfokuskan kepada sokongan 5G, penawaran ini turut diperkuatkan lagi pada bahagian kamera.
vivo X50 Pro

Daripada ketiga-tiga yang ditawarkan, model ini hadir unik dengan penyertaan ciri gimbal pada kamera utama. Kamera 48MP (Sony IMX 598) yang digunakan dibantu kamera periskop 8MP (5x zoom optikal sehingga 60x zoom hybrid), 13MP potret dan 8MP ultra lebar. Sebelah hadapan pula menampilkan kamera 32MP.

https://www.youtube.com/watch?v=LOKPx3SFPn0&feature=emb_title

Paparan rekaan berlubang pada peranti ini dari jenis AMOLED berukuran 6.56 inci turut dikuatkan lagi dengan sokongan kadar segar semula 90Hz.

Kapsyen: vivo X50 pro


Menjana X50 Pro adalah bateri 4315 mAh dengan pengecasan pantas vivo FlashCharge 33W. Bahagian pemprosesan pula ditugaskan kepada cip Snapdragon 765G yang dibantu oleh RAM 8GB/12GB dan storan 128GB/256GB.
vivo X50 Pro+

Merupakan versi paling tinggi sekali dan sayangnya ia tidak disertakan dengan ciri gimbal seperti vivo X50 Pro. Namun begitu, ia adalah peranti pertama yang dimuatkan dengan sensor 50MP ISOCELL GN1. Tetapan kamera belakang lain yang terdapat ialah 32MP potret, 13MP periskop dan 13MP ultra lebar.

Kapsyen: vivo X50 pro+


Kapasiti bateri serta daya pengecasan juga sedikit besar dengan nilai 4350mAh serta 44W vivo FlashCharge. Ukuran sama iaitu 6.56 inci AMOLED tetapi disokong kadar segar semula 120Hz.

vivo X50

Vivo X50 Pro+ lebih berkuasa dimana ia didatangkan dengan Snapdragon 865 bersama-sama memori RAM 8GB/12GB dan pilihan storan 128GB/256GB. Panel belakang juga lebih premium dengan tawaran Vegan Leather (coklat) atau binaan kaca berwarna biru gelap.
vivo X50

Sebagai "adik bongsu" dalam keluarga X50, ia juga tidak dilengkapi dengan ciri gimbal. Ia menggunapakai ciri OIS empat paksi bagi kamera utama 48MP, 5MP makro, 13MP potret dan 8MP ultra lebar.

Kapsyen: vivo X50


Disebut sebagai peranti 5G paling nipis dengan ketebalan 7.49mm, vivo X50 hadir dikuasakan cip Snapdragon 765G serta skrin AMOLED 6.56 inci. Paparannya rata tidak seperti dua model teratas yang melengkung dibahagian sisi.

Bateri pula berkapasiti 4200mAh dengan pengecasan pantas 33W vivo FlashCharge. Kombinasi memori pula adalah RAM 8GB/128GB dan RAM 8GB/256GB. Ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, biru serta merah jambu.
Harga jualan di pasaran China

vivo X50 Pro+ akan dijual pada harga bermula CNY4998 (~RM3013), X50 Pro bermula pada harga CNY4298 (~RM2591) dan X50 pula pada harga CNY3498 (~RM2108).

Beli peranti vivo dari Lazada (https://invol.co/clojib) atau Shopee (https://invol.co/clojic)