Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Liberty 5 Pro

Siri soundcore Liberty 5 Pro Diiktiraf Fon Telinga Paling Jelas Di Dunia

Diterbitkan Mei 25, 2026 · Dikemas kini Mei 26, 2026 oleh ariff bukhari

Anker Innovations melalui jenama audio soundcore memperkenalkan siri Liberty 5 Pro, fon telinga terbaru menawarkan audio premium dengan cip AI Neural-Net Thus™ pertama di dunia.

Dikuasakan oleh 150 kali kuasa pemprosesan AI berbanding model sebelumnya, siri ini menawarkan pengalaman audio yang lebih pintar, jelas dan jimat tenaga.

Menerusi model Liberty 5 Pro dan Pro Max, ia dilengkapi teknologi Whisper-Clear Calls yang diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness sebagai “Earbuds dengan kualiti pertuturan tertinggi (G-MOS)” pada April 2026.

Siri soundcore Liberty 5 Pro Diiktiraf Fon Telinga Paling Jelas Di Dunia

Sistem Pembatan Hingar Aktif (ANC) dengan 8 mikrofonnya memberikan kejelasan bunyi optimum di mana sahaja pengguna berada.

Model Pro Max turut dilengkapi AI Note Taker yang mampu merakam, menyalin dan meringkaskan mesyuarat secara automatik, menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti.

Dengan paparan AMOLED 1.78 inci pada bekas pengecas, pengguna boleh mengawal tetapan ANC, rakaman suara dan paparan peribadi dengan mudah.

Dijual pada harga RM699 (Liberty 5 Pro) dan RM899 (Pro Max), siri soundcore Liberty 5 Pro ini sudah boleh didapati di butik Anker Innovations IOI City Mall.

Beli Siri soundcore Liberty 5 Pro dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clnh7vs
  • Lazada – https://invl.me/clnh7vn

Berkaitan

  • Anker Perkenal Pengecas Pintar Terbina Skrin Pertama Sokong iPhone 17
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Anker Lancar Pengecas Dengan Skrin Pintar, Harga Dari RM229

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY