Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy Tab S10

Siri Samsung Galaxy Tab S10 Rasmi – Dimensity 9300+, Harga Bermula RM4,599

Diterbitkan September 26, 2024 · Dikemas kini September 26, 2024 oleh Amsyar Latif

Selain Galaxy S24 FE, Samsung hari ini turut melancarkan barisan tablet terbarunya — Galaxy Tab S10 Ultra dan Galaxy Tab S10+.

Galaxy Tab S10+ menampilkan skrin 12.4 inci dengan resolusi 2800×1752. Sementara Galaxy Tab S10 Ultra berukuran 14.6 inci dengan resolusi 2960×1848. Kedua-dua menggunakan panel Dynamic AMOLED 2x berkadar segar semula 120Hz, dan terbaru paparannya ada anti pantulan.

Galaxy tab s10

Di dalam, masing-masing dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9300+. Ia sekali gus dikatakan menawarkan peningkatan 18% pada CPU, 28% GPU dan 14% NPU berbanding Galaxy Tab S9 Ultra.

Turut dipadankan bersama 12GB RAM dan storan dalaman 256GB sahaja. Namun, ada slot MicroSD untuk storan tambahan sehingga 1.5TB.

Samsung Galaxy Tab S10

Selain itu, tablet ini juga hadir dengan empat pembesar suara, pengimbas cap jari pada paparan dan penarafan IP68.

Dari segi rangkaian, model Ultra menyokong 5G dan Wi-Fi 7. Manakala model ‘plus’, masih lagi 5G tetapi hanya Wi-Fi 6E sahaja.

Samsung Galaxy Tab S10

Kamera pula kedua-duanya tampil dengan 13MP+8MP ultra lebar untuk lensa belakang. Ia dibezakan 12MP+12MP ultra lebar pada lensa hadapan untuk model Ultra. Sementara model ‘plus’ hanya satu kamera hadapan sahaja.

Tambahan lagi, kedua-dua tablet dibezakan kapasiti bateri. Model ultra sebesar 11,200mAh dan 10,090mAh untuk ‘plus’. Masing-masing hadir dengan sokongan pengecasan 45W.

Samsung Galaxy Tab S10

Terdapat aksesori yang menyokong tablet tersebut seperti stylus S Pen yang ada penarafan IP68 dan disertakan dalam kotak. Lain-lain aksesori seperti selongsong dengan papan kekunci, ‘smart book cover’, ‘notepaper screen’ dan ‘privacy screen’.

Ciri-ciri

Samsung mengatakan yang tablet mereka kali ini adalah tablet pertama mereka yang secara terus menawarkan kecerdasan buatan (AI) yang dipertingkatkan.

Galaxy tab s10

Ia hadir dengan ciri note assists, sketch to image (overlay dan generate outline), circle to search (termasuk menggunakan S Pen), voice summary dengan AI, dan penyelesaian untuk matematik.

Galaxy tab s10

Selain itu, tablet ini juga menawarkan paparan peta 3D untuk sistem rumah pintar Samsung menerusi Galaxy home AI device.

Harga

Samsung Galaxy Tab S10

Siri Samsung Galaxy Tab S10 bakal tersedia di pasaran Malaysia bermula 3 Oktober hadapan. Dengan pilihan warna Moonstone Gray dan Platinum Silver, berikut adalah harga rasminya:

Galaxy Tab S10+ – RM4,599

Galaxy Tab S10+ 5G – RM5,249

Galaxy Tab S10 Ultra – RM5,999

Galaxy Tab S10 Ultra 5G – RM6,649

Berkaitan

  • Siri Galaxy S24 Kini Rasmi - Bingkai Titanium, Galaxy AI, Harga Bermula RM4099
  • Siri Galaxy S24 Terima Sokongan Kemas Kini Android Sehingga 7 Tahun
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Galaxy S24 FE Kini Dilancarkan, Harga Bermula RM3299

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY