Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
REDMI Pad 2 9.7 (2)

Siri Redmi Pad 2 9.7 Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM569

Diterbitkan April 28, 2026 · Dikemas kini April 28, 2026 oleh Amalina Athman

Xiaomi hari ini melancarkan siri Redmi Pad 2 9.7 di Malaysia, terdiri daripada Redmi Pad 2 9.7 dan Redmi Pad 2 9.7 4G. Versi kompak serba baharu dalam siri ini menawarkan pilihan yang lebih mudah dibawa, bersama peningkatan menyeluruh berbanding generasi terdahulu.

Tablet ini menggunakan paparan 9.7-inci dengan resolusi 2K, menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz dan kecerahan maksimum 600 nits. Ia turut dilengkapi pensijilan TÜV Rheinland untuk penggunaan jangka panjang.

REDMI Pad 2 9.7 4G-Silver-Cover&Pad 2 (1)

Dari segi prestasi, kedua-dua model dikuasakan cip Snapdragon 6s 4G Gen 2 berasaskan proses 6nm, dengan skor AnTuTu melebihi 400,000 dan kelajuan sehingga 2.9GHz. Xiaomi turut menyatakan peningkatan prestasi sekitar 34% berbanding generasi terdahulu, bersama sistem pelesapan haba yang ditambah baik.

Kedua-dua model ini dimuatkan bateri berkapasiti 7600mAh yang menyokong pengecasan 18W. Untuk perisian, ia menjalankan Xiaomi HyperOS 3 serta menyokong ciri seperti Google Circle to Search dan Shared Clipboard.

Redmi Pad 2 9.7_3

Harga dan ketersediaan

REDMI Pad 2 9.7 4G-Silver-Cover&Pad front

Siri Redmi Pad 2 9.7 ditawarkan dalam warna Graphite Gray dan Silver dengan harga berikut:

Redmi Pad 2 9.7

  • 4GB + 64GB – RM569 (percuma sarung)
  • 4GB + 128GB – RM599 (percuma sarung)

Redmi Pad 2 9.7 4G

  • 4GB + 64GB – RM649 (percuma sarung)
  • 4GB + 128GB – RM699 (percuma sarung)

Ia kini boleh didapati di kedai rasmi Xiaomi, mi.com atau cari nama produk di Laman Beli untuk pembelian melalui Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY