Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri Redmi Pad 2 Pro Tiba Di Malaysia – 12.1 Inci, Bateri 12000mAh, Harga Dari RM999

Posted on September 25, 2025

Xiaomi memperkenalkan siri Redmi Pad 2 Pro di Malaysia, terdiri daripada Redmi Pad 2 Pro dan Redmi Pad 2 Pro 5G. Siri tablet ini disasarkan untuk pengguna yang mahukan pengalaman hiburan skrin besar dengan visual jelas, bunyi imersif dan prestasi stabil.

Siri Redmi Pad 2 Pro hadir dengan skrin 12.1 inci 2.5K bersama sokongan Dolby Vision, kadar segar semula adaptif sehingga 120Hz, serta pensijilan TÜV Rheinland untuk tontonan lebih selesa.

Sistem empat pembesar suara dengan Dolby Atmos dan Hi-Res Audio turut disertakan, lengkap dengan fungsi manual volume boost sehingga 300%.

Dikuasakan Snapdragon 7s Gen 4 berasaskan proses 4nm, tablet ini menawarkan prestasi cekap tenaga untuk hiburan dan multitugas. Bateri besar 12,000mAh menyokong pengecasan pantas 33W serta fungsi 27W pengecasan berbalik untuk mengecas peranti lain.

Tablet ini menjalankan HyperOS dengan integrasi ekosistem Xiaomi termasuk Call Sync, Shared Clipboard, Network Sync, dan Home Screen+. Ia juga menyokong Google Gemini dan Circle to Search.

Storan boleh diperluaskan sehingga 2TB. Aksesori rasmi termasuk Redmi Smart Pen dengan 4096 tahap tekanan, Redmi Pad 2 Pro Keyboard, dan Redmi Pad 2 Pro Cover.

Redmi Pad 2 Play Bundle

Selain itu, Xiaomi turut melancarkan Redmi Pad 2 Play Bundle, sebuah pakej mesra keluarga dengan skrin 11 inci 2.5K matte glass 90Hz yang sesuai untuk bacaan dan melukis.

Ia dipacu cip MediaTek Helio G100-Ultra, bateri 9,000mAh, pengecasan pantas 18W, serta sistem empat pembesar suara Dolby Atmos.

Harga dan ketersediaan

  • Redmi Pad 2 Pro 6GB+128GB – RM999 (Shopee, 25 Sep – 3 Okt), RM1,099 (3 Okt ke atas, mi.com, Shopee, Lazada, TikTok Shop)
  • Redmi Pad 2 Pro 8GB+256GB – RM1,399, termasuk hadiah Redmi Pad 2 Pro Keyboard + Redmi Smart Pen
  • Redmi Pad 2 Pro 5G 8GB+256GB – RM1,799 (mula 15 Okt), termasuk hadiah Redmi Pad 2 Pro Keyboard + Redmi Smart Pen
  • Redmi Pad 2 Play Bundle 4GB+128GB – RM799 (mula 10 Okt)

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress