Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Redmi A7 Pro Dilancar – Skrin 6.9″, Bateri 6000mAh, HyperOS 3, Harga Bermula RM399

Posted on April 18, 2026April 17, 2026

Redmi A7 Pro kini rasmi untuk pasaran Malaysia. Ia hadir dengan skrin 6.9 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 800 nits, menjadikannya sangat sesuai untuk penstriman video dan media sosial.

Salah satu ciri uniknya ialah Wet Touch Technology 2.0, yang membolehkan skrin tetap responsif walaupun jari anda basah atau berminyak.

Dari segi kuasa, ia dilengkapi bateri gergasi 6,000mAh yang didakwa mampu bertahan sehingga dua hari penggunaan. Xiaomi turut menekankan ketahanan jangka panjang di mana bateri ini mampu mengekalkan kapasiti atas 80% walaupun selepas 1,000 kitaran pengecasan.

Untuk prestasi, ia dikuasakan oleh pemproses lapan teras dengan storan pantas UFS 2.2 serta sokongan penambahan RAM sehingga 8GB.

Paling mencuri tumpuan ialah kehadiran Xiaomi HyperOS 3 yang membawakan ciri pintar seperti Google Gemini dan Circle to Search.

Ia turut menyertakan Xiaomi HyperIsland untuk multitugas yang lebih lancar. Untuk fotografi, ia menggunakan kamera utama 13MP AI dengan sensor yang lebih besar bagi kemasukan cahaya 13% lebih baik, serta ciri AI Sky untuk mencantikkan paparan langit dalam gambar.

Harga dan Ketersediaan

Redmi A7 Pro kini sudah boleh didapati di semua stor rasmi Xiaomi, mi.com, serta gedung atas talian di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop dengan harga berikut:

  • Redmi A7 Pro (4GB+64GB) – RM399
  • Redmi A7 Pro (4GB+128GB) – RM449

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress