Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme GT 7 Dream Edition

Siri realme GT 7 Dengan Bateri 7,000mAh Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM1,999

Diterbitkan Mei 27, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas dilancarkan lebih dulu di China April lepas, siri realme GT 7 akhirnya dilancarkan untuk pasaran global termasuklah Malaysia. Malah turut diperkenalkan adalah realme GT 7 Edisi Aston Martin Dream.

realme GT 7 dikuasakan cip Dimensity 9400e yang merupakan pertama di Malaysia yang dibina dengan teknologi TSMC 4nm, ia menjadikan GT 7 antara 3 peranti Android paling berprestasi tinggi ketika ini.

realme GT 7 chip

Digelar sebagai “Flagship Killer 2025”, realme GT 7 dimuatkan dengan bateri titan 7000mAh yang menyokong teknologi pengecasan pantas 120W Ultra Charge yang  mampu mencapai 50% kapasiti dalam hanya 14 minit dan pengecasan penuh pula hanya 40 minit.

bateri realme GT 7

Di bahagian paparan, realme GT 7  menggunakan skrin AMOLED Pro-Esports bersaiz 6.78 inci yang menyokong kecerahan puncak sehingga 6000 nits dengan penarafan IP69 (tahan habuk dan air).

realme GT 7 VC
realme GT 7 merupakan telefon pertama di dunia yang menggunakan IceSense Graphene back panel – membolehkan penyejukan lebih efisien dan memberikan  suhu permukaan yang sejuk dan selesa ketika bermain.

Untuk kamera, realme GT 7 menawarkan ciri fotografi canggih termasuk 4K Underwater Mode, AI Glare Removal, dan Lightning Snap.

Malah dengan sokongan Dolby Vision, ia membolehkan rakaman video sinematik 4K penuh pada kadar bingklai sehingga 120FPS.

realme GT 7 AI Camera

Menjadikannya lebih istimewa, realme GT 7 Dream Edition turut diperkenalkan yang dibangunkan bersama Pasukan F1 Aston Martin.

Ia sekali gus menjadikannya sebagai telefon pintar co-branded pertama di dunia dengan AMF1.

Model ini menampilkan warna ikonik Aston Martin Racing Green, garis reka bentuk aerodinamik dan logo Silver Wings yang diukir khas.

realme GT 7 Dream Edition
Pakej edisi koleksi ini disertakan dengan Silver Wing phone case dan SIM card pin berbentuk kereta lumba F1.

Untuk siri ini, realme GT 7T turut dilancarkan dengan cip MediaTek Dimensity 8400-MAX dengan sensor Sony IMX896 untuk kameranya.

Sama seperti GT 7, ia dilengkapi dengan bateri titan 7000mAh, sokongan pengecasan ultra 120W, panel belakang IceSense Graphene dan AI Planner.

realme GT 7 AI Planner
AI Planner adalah perancang jadual pintar pertama di dunia berasaskan AI yang diperkenalkan menerusi siri realme GT 7.
realme GT 7 AI Planner

Siri realme GT 7 (12GB+512GB) ditawarkan pada harga RM1,999 untuk realme GT 7T dan RM2,599 bagi realme GT 7.

Manakala realme GT 7 Dream Edition dilengkapi dengan spesifikasi RAM yang lebih tinggi iaitu 16GB dengan storan 512GB berharga RM2,999.

Sempena pelancarannya, realme Malaysia menawarkan hadiah bernilai sehingga RM997 termasuk jaminan lanjutan 1 tahun dan jaminan skrin.

Tempoh Promosi ini akan bermula dari 31 Mei hingga pada 30 Jun 2025.

realme GT 7T
realme GT 7
realme GT 7 Dream Edition

Beli siri realme GT 7 dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmq6a3
  • Lazada – https://invl.me/clmq69w

Berkaitan

  • realme GT 7 Pro Dengan Snapdragon 8 Elite Dilancarkan Berharga RM3,699
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Qualcomm Lancar Panel Kawalan GPU Baharu Untuk Snapdragon X Elite

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY