Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2023-04-15 at 8.49.11 AM

Siri Predator Helios Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM8999

Diterbitkan April 15, 2023 · Dikemas kini April 15, 2023 oleh Amsyar Latif

Acer kini membawa masuk siri komputer riba berkuasa dan popular mereka, iaitu siri Predator Helios 18 dan Helios 16.

Kita mulakan dengan Predator Helios 16, terdapat dua varian, iaitu 97YG dan 97G1. Masing-masing dikuasakan cip pemproses yang cukup berkuasa Intel Core i9-13900HX. Ia dipadankan bersama GPU RTX 4070 8GB atau 12GB.

Predator Helios 16_01

Untuk skrin, kedua-duanya hadir dengan paparan seluas 16″ beresolusi WQXGA, berkadar segar semula 240Hz, nisbah skrin 16:10 dan format warna DCI-P3 100%.

Memori adalah seluas 16GB DDR5 5600Mhz dengan 1 slot tambahan serta storan 1TB PCIe NVMe Gen4 SSD dan 1 slot tambahan bagi 97YG. Sementara model 97G1 lebih berkuasa dengan memori 32GB DDR5 5600Mhz (2x16GB) serta storan dalaman 2TB PCIe NVMe Gen4 RAID 0 SSD.

Di dalam juga terbina Bluetooth 5.1 dan Killer Ethernet E2600. Pada bahagian sisi, terletaknya 2x USB 3.2 Gen2 dengan ciri USB dimatikan ketika cas, 1x USB 3.2 Gen 1, 1x 3.5mm bicu audio dengan pembaca kad mikroSD.

Lain-lain spesifikasi adalah termasuk sistem audio DTS X: Ultra Audio, kamera web beresolusi FHD 60 fps, berat 2.6kg dan jaminan selama 2 tahun daripada Acer.

Predator Helios 18_01

Beralih kepada Predator Helios 18, sama juga terdapat dua varian, iaitu 99FQ dan 936G. Masih sama lagi, ia dikuasakan cip Intel Core i9-13900Hx yang dipadankan kad grafik RTX 4070 8GB atau RTX 4080 12GB.

Skrinnya berukuran 18″ dengan resolusi WQXGA, kadar segar semula 240Hz, bernisbah 16:10 dan format warna DCI-P3 100%.

Tambahan lagi, ia hadir dengan memori 32GB DDR5 5600Mhz (2x16GB) serta storan dalaman 2TB PCIe NVMe Gen4 RAID 0 SSD.

Untuk sambungan wayarles, ia mempunyai Killer Wi-Fi 6E 1675i. Manakala, terdapat port 1x HDMI 2.1 dengan sokongan HDCP dan 2x USB-C yang menyokong USB 3.2 Gen 2, DP, Thunderbolt 4 dan USB cas 5V: 3A.

Berkaitan

  • Cepat Dapatkan 2 'Game' Ini Dan Jimat Sehingga RM347.62
  • Tampal Kod QR Sendiri Atas Kod QR Masjid, Pencuri 'Transfer' Semula ~RM3,850
  • Ini 30 Syarikat Yang Paling Banyak Mengumpul Data Wajah, Suara Dan Persekitaran Anda

Dengan berat 3.16kg, spesifikasi lain sama sahaja dengan model Predator Helios 16.

Menurut Acer pra-tempahan sudah pun bermula sehingga 30 April ini dan bakal tersedia dipasaran pada bulan Mei depan.

Berikut adalah harga jualan rasminya:

  • Predator Helios 16 97YG – RM8,999
  • Predator Helios 16 97G1 – RM11,999
  • Predator Helios 18 99FQ – RM9,999
  • Predator Helios 18 936G – RM12,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY