Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Koq QR

Tampal Kod QR Sendiri Atas Kod QR Masjid, Pencuri ‘Transfer’ Semula ~RM3,850

Diterbitkan April 13, 2023 · Dikemas kini April 14, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Tular di media sosial kejadian di Indonesia hasil rakaman CCTV menyaksikan seorang lelaki bertindak menampal sticker kod QR miliknya di atas kod QR akaun bank masjid.

Kod QR yang ditampal tersebut terhubung pada akaun miliknya. Justeru, apabila seseorang mengimbasnya untuk bersedekah, lelaki tersebut yang menerimanya, bukan pihak masjid.

Menurut laporan, Masjid Masjid Nurul Iman di Jakarta Selatan itu bukanlah satu-satunya mangsa M. Iman Mahlil Lubis (pelaku) kerana juga telah melakukan perkara sama di beberapa sama masjid lain seperti di Jakarta Pusat.

kod qr palsu masjid indo
Kiri yang palsu, kanan yang asli.

Suspek juga agak pintar kerana apabila diimbas kod QR yang ditampalnya, terpapar nama “Restorasi Masjid” pada peranti, sama seperti akaun masjid yang sepatutnya menerima derma.

Kalau terpapar nama individu, pasti kegiatan tersebut sudah lama dicurigai.

Dengan penggunaan “Restorasi Masjid” yang dalam bahasa Malaysia bermakna “pengubahsuaian masjid”, tiada jemaah yang akan berasa sangsi walaupun nampak ia merupakan sticker.

Bukan saja di kotak tabung masjid, malah dinding juga ditampal kod QR palsu tersebut.

Jemaah pastinya menganggap itu merupakan kod QR baharu yang ditampal pihak masjid.

Menariknya, lelaki tersebut telah memindahkan wang sebanyak 13 juta rupiah (~RM3850) kepada masjid tadi.

Berkaitan

  • Kantoi Scam Tetikus Palsu, Penjual Selamba Pulangkan Wang
  • Buang Segera 19 Aplikasi Android Ini Dari Peranti, Joker Bersembunyi Di Dalam
  • ShopeePay Hadkan Penggunaan Wang Yang Ditambah Nilai Daripada Kad Kredit

Pihak masjid kemudian membuat laporan polis terlebih dahulu kerana curiga dengan sumber memandangkan banyak lagi masjid turut menjadi mangsa perlakuan jahat itu.

Sumber: Kompas, Kompas

Gambar utama: KlikTimes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY