Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Reno16_

Siri OPPO Reno16 Tiba Di Malaysia 8 Julai – Prapesan Kini Dibuka

Diterbitkan Jun 18, 2026 · Dikemas kini Jun 18, 2026 oleh Amalina Athman

OPPO kini mengesahkan siri OPPO Reno16 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 8 Julai 2026. Bersama-sama pelancaran itu, OPPO turut mengumumkan kumpulan K-pop terkenal, BABYMONSTER, sebagai duta baharu siri Reno bagi pasaran terpilih.

Siri Reno16 bakal menampilkan rekaan 3D Pop Planet, yang diinspirasikan daripada elemen visual kosmik. Rekaan ini hanya ditawarkan pada varian Pop White, manakala pilihan warna lain hadir dengan kemasan yang berbeza. OPPO turut menyatakan siri ini akan membawakan beberapa ciri pengimejan serta fungsi kreatif berasaskan AI.

Siri OPPO Reno16 Tiba Di Malaysia 8 Julai – Prapesan Kini Dibuka

Dalam pada itu, OPPO menjelaskan pemilihan BABYMONSTER sebagai duta baharu Reno dibuat kerana imej kumpulan itu yang sinonim dengan kreativiti, keyakinan diri dan pengaruh dalam kalangan generasi muda, selari dengan identiti yang ingin dibawa oleh siri Reno.

Menjelang pelancarannya, pengguna kini boleh membuat prapesan siri OPPO Reno16. Pelanggan yang membuat tempahan awal akan menerima tawaran eksklusif bernilai sehingga RM1,198, termasuk hadiah edisi terhad OPPO Reno16 x BABYMONSTER atau Reno16 Series Gift Box.

OPPO Reno16 Malaysia_01

OPPO turut membuka prapesan untuk produk IoT baharu seperti OPPO Enco Air5, Enco Air5s dan OPPO Bubble.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • OPPO Find X9 Ultra Rasmi - Kamera 200MP, 10x Zum Optikal, 7050mAh, Harga Dari RM6,799
  • OPPO Find X9s Dilancar Dengan Cip Dimensity 9500s, Bateri 7050mAh, Harga RM3,899
  • OPPO Malaysia Lancar OPPO Studio, Hab Pengalaman Fotografi Pertama Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY