Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Reno16 Series

Siri OPPO Reno16 Rasmi, Harga Bermula RM1,899

Diterbitkan Julai 8, 2026 · Dikemas kini Julai 9, 2026 oleh ariff bukhari

OPPO Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan premium terbaharu mereka, OPPO Reno16 Series.

Barisan kali ini menampilkan tiga varian utama iaitu Reno16 5G, Reno16 Pro 5G, dan Reno16 F 5G yang menggabungkan estetika reka bentuk revolusioner bersama keupayaan kecerdasan buatan (AI) termaju.

Rekaan ‘3D Pop Planet’ yang Memukau

Siri Reno16 tampil berani dengan identiti visual baharu melalui 3D Pop Planet Design.

Bagi edisi Pop White, OPPO memperkenalkan HoloVerse 3D Technology pertama dalam industri, menggunakan jutaan mikro-kanta bagi menghasilkan kesan visual nebula terapung yang berubah mengikut cahaya.

Siri OPPO Reno16 Rasmi, Harga Bermula RM1,899
OPPO Reno16 Series dengan rekaan unik yang menampilkan 3D Pop Planet Design. Rekaan grafik ini kelihatan seolah-olah timbul dengan mata kasar.

Model Reno16 dan Reno16 Pro dilengkapi skrin kompak 6.32 inci berserta bingkai aluminium gred aeroangkasa untuk cengkaman premium, manakala Reno16 F menawarkan skrin lebih luas bersaiz 6.57 inci.

Kamera 200MP & Ciri Fotografi Pintar

Direka khas untuk pencipta kandungan, siri ini dilengkapi kamera swafoto Ultra-Lebar 50MP.

Di bahagian belakang, sistem tri-kamera dengan OIS disokong oleh lensa Telefoto Potret 3.5x optikal zoom.

Varian Reno16 Pro pula melonjakkan kualiti imej menerusi Kamera Utama Ultra Jelas 200MP.

Pengguna juga boleh memanfaatkan mod Pop Cam untuk kesan penapis retro (Digicam & Instant Film) serta hab suntingan AI baharu seperti AI Remix Collage.

Prestasi Padu & Ekosistem ‘OPPO Bubble’

Reno16 Pro dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 8550 Super Platform, manakala Reno16 dipadankan dengan Snapdragon® 7 Gen 4.

Menariknya, siri ini memuatkan bateri gergasi sehingga 7,000mAh (pada Reno16 F) dengan pengecasan pantas 80W SUPERVOOC™.

Bersama-sama pelancaran ini, OPPO turut memperkenalkan OPPO Bubble, aksesori skrin AMOLED magnetik seberat 35g yang berfungsi sebagai monitor kamera belakang dan alat kawalan jauh.

Siri OPPO Reno16 Rasmi, Harga Bermula RM1,899
Siri OPPO Reno16 Rasmi, Harga Bermula RM1,899
OPPO Bubble
Kkolaborasi bersama artis KPOP, BABYMONSTER turut memberi kejayaan pada OPPO.

Harga dan Ketersediaan

Siri OPPO Reno16 kini boleh dipra-tempah di semua saluran rasmi OPPO Malaysia pada harga berikut:

  • OPPO Reno16 Pro 5G (12GB + 256GB): RM3,699
  • OPPO Reno16 5G (8GB/12GB + 256GB): Bermula dari RM2,699
  • OPPO Reno16 F 5G (8GB/12GB + 256GB): Bermula dari RM1,999 (Harga eksklusif dalam talian: RM1,899)

Selain itu, anda juga  boleh mengunjungi Reno16 Roadshow di IOI City Mall, Putrajaya bermula hari ini sehingga 12 Julai 2026 untuk mendapatkan lebih banyak lagi tawaran terhad menarik termasuklah peluang memenangi tiket konsert BABYMONSTER.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Carian Cara Jailbreak PS5 Naik Mendadak
  • SSD Buatan China Mula Diguna Dalam Komputer Riba

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY