Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
siri OnePlus 12_2

Siri OnePlus 12 Kini Dilancarkan Untuk Pasaran Global

Diterbitkan Januari 23, 2024 · Dikemas kini Februari 13, 2024 oleh Amalina Athman

OnePlus telah pun melancarkan OnePlus 12 untuk pasaran China pada awal Disember tahun lalu.

Kini, OnePlus secara rasmi melancarkan siri OnePlus 12 untuk pasaran global. Ia hadir dengan dua model, iaitu OnePlus 12 dan OnePlus 12R.

{suggest}

OnePlus 12

OnePlus 12_15

OnePlus 12 menampilkan skrin AMOLED LTPO bersaiz 6.82-inci dengan resolusi 2K, sokongan kadar segar semula 120Hz serta maksimum kecerahan 4,500 nit.

Untuk janaan peranti, OnePlus 12 dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3. Ia dipadankan dengan konfigurasi memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x dan 512GB storan UFS 4.0.

oneplus 12_1

Beralih ke bahagian kamera, OnePlus 12 dilengkapi tiga kamera dengan lensa Hassalblad generasi ke-4 – 50MP utama Sony LYT-808, 48MP IMX581 ultra lebar, serta 64MP periskop telefoto dengan 3x zum optikal +OIS. Di bahagian hadapan pula menempatkan 32MP kamera swafoto.

OnePlus 12_6

Kapasiti bateri sebanyak 5,400mAh digandingkan bersama sokongan pengecasan 100W berwayar dan 50W wayarles.

OnePlus 12_color1

OnePlus 12 tersedia dengan dua pilihan warna iaitu Flowy Emerald dan Silky Black. Antara lainnya, ia menyokong Bluetooth 5.4, rangkaian 5G, sambungan Wi-Fi 7, NFC serta menjalankan OxygenOS 14 berasaskan Android 14.

OnePlus 12R

Buat pertama kalinya, Oneplus 12R dilancarkan untuk pasaran global, di luar pasaran China dan India.

OnePlus 12_7

Menyentuh spesifikasi, peranti ini didatangkan paparan AMOLED ProXDR dengan LTPO 4.0 berukuran 6.78-inci, resolusi 1.5K serta menyokong kadar segar semula 120Hz dan maksimum kecerahan 4,500 nit.

Menguasakan OnePlus 12R adalah cip Snapdragon 8 Gen 2, ditambah dengan sokongan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x. Storannya mempunyai pilihan 128GB UFS 3.1 dan 256GB ̶U̶F̶S̶ ̶4̶.̶0̶ UFS 3.1.

Melihat ke bahagian fotografi, tiga kamera ditempatkan di bahagian panel belakang. Ia terdiri daripada 50MP utama dengan OIS, 8MP ultra lebar dan 2MP makro, serta 16MP kamera swafoto.

OnePlus 12R_1

Berbanding OnePlus 12, peranti ini mempunyai bateri sedikit besar dengan kapasiti 5,500mAh. Ia turut menyokong pengecasan pantas 100W berwayar.

OnePlus 12R Color

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Cool Blue dan Iron Gray. OnePlus 12R juga hadir dengan sokongan Bluetooth 5.3, rangkaian 5G, Wi-Fi 7, NFC serta menjalankan OxygenOS 14 berasasaskan Android 14.

Harga

siri OnePlus 12_4

Berikut merupakan harga untuk pasaran global, khususnya Amerika Syarikat:

OnePlus 12

  • 12GB + 256GB – $799.99 (~RM3,781)
  • 16GB + 512GB – $899.99 (~RM4,254)

OnePlus 12R

  • 8GB + 128GB – $499.99 (~RM2,363)
  • 16GB + 256GB – $599.99 (~RM2,836)

Buat masa ini, belum diketahui bila ia akan tersedia untuk pasaran Malaysia. Untuk pembelian produk OnePlus yang lain, layari kedai rasmi di Shopee atau Lazada.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY