Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 12_1a

OnePlus 12 Dilancarkan – SD 8 Gen 3, 24GB RAM, Kecerahan 4,500 Nit

Diterbitkan Disember 5, 2023 ยท Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

OnePlus secara rasmi kini melancarkan OnePlus 12 untuk pasaran China.

Berkaitan

  • OnePlus Umum Telefon Lipat Pertama, OnePlus Open
  • OnePlus Perkenal Platform Cipta Muzik Guna AI

Menyentuh spesifikasi, OnePlus 12 dilengkapi skrin AMOLED LTPO berukuran 6.82-inci dengan resolusi 2K, sokongan kadar segar semula 120Hz serta maksimum kecerahan 4,500 nit.

OnePlus 12_1f

Menguasakan peranti adalah cip pemproses Snapdragon 8 Gen 3 dengan gandingan konfigurasi memori sehingga 24GB RAM LPDDR5x dan 1TB storan berasaskan UFS 4.0.

OnePlus 12_1d

Dari segi kemampuan fotografi, OnePlus 12 dimuatkan tetapan tiga kamera, terdiri daripada 50MP utama Sony LYT808, 64MP OV64B periskop telefoto dengan 3x zum optik serta 48MP IMX581 ultra-lebar. Untuk kamera swafoto, ia didatangkan dengan sensor 32MP.

OnePlus 12 Dilancarkan – SD 8 Gen 3, 24GB RAM, Kecerahan 4,500 Nit
OnePlus 12 Dilancarkan – SD 8 Gen 3, 24GB RAM, Kecerahan 4,500 Nit
OnePlus 12 Dilancarkan – SD 8 Gen 3, 24GB RAM, Kecerahan 4,500 Nit

Bagi menghidupkan peranti, OnePlus 12 diisi kapasiti bateri 5,400mAh dengan sokongan pengecasan 100W. Antara lainnya, ia hadir dengan sokongan Bluetooth 5.4, Wi-Fi 7, 5G, NFC, IP65 serta menjalankan ColorOS 14 berasaskan Android 14.

Harga

OnePlus 12_1e

Berikut merupakan harga jualan, dengan ketersediaan untuk pasaran China bermula 11 Disember 2023.

  • 12GB + 256GB – 4,299 yuan (~RM2,811)
  • 16GB + 512GB – 4,799 yuan (~RM3,138)
  • 16GB + 1TB – 5,299 yuan (~RM3,465)
  • 24GB + 1TB – 5,799 yuan (~RM3,792)

Sementara untuk pasaran global, OnePlus 12 dijangka hadir awal tahun 2024.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY