Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (91)

OnePlus Perkenal Platform Cipta Muzik Guna AI

Diterbitkan November 22, 2023 · Dikemas kini November 22, 2023 oleh Muhd Idham

Pada minggu yang lepas, peminat telefon pintar OnePlus kecoh di platform media sosial X setelah syarikat OnePlus sendiri menyiarkan satu video acah tentang produk baharu mereka yang masih belum diketahui rupa bentuknya.

Get ready to turn up the volume🎶 pic.twitter.com/YcVvhMGwuP

— OnePlus (@oneplus) November 15, 2023

Namun, ada di kalangan mereka yang membuat andaian bahawa OnePlus akan mengeluarkan produk pembesar suara yang terbaru akan tetapi andaian mereka dikejutkan dengan siaran media OnePlus pada keesokan harinya yang menampilkan kehadiran OnePlus AI Music Studio.

You x AI
Try your hand at making music at the #OnePlusAIMusicStudio!https://t.co/y3EDXRpvnO pic.twitter.com/ixiAQ4ub6x

— OnePlus (@oneplus) November 17, 2023

OnePlus AI Music Studio merupakan satu teknologi dalam talian yang berkebolehan untuk menghasilkan lirik lagu, muzik dan video muzik hanya dengan menggunakan teks dan pilihan kategori. OnePlus juga menekankan bahawa teknologi ini dihasilkan untuk keseronokan pengguna internet menceburi bidang muzik yang bebas.

Generate your own AI music and you might even win some goodies😎https://t.co/VNFbc97i7y pic.twitter.com/K9ceXQi67R

— OnePlus (@oneplus) November 20, 2023

Berdasarkan siaran media yang disiarkan oleh OnePlus pada hari kelmarin, anda hanya perlu memilih genre muzik berdasarkan minat anda, tulis kandungan bahan yang patut ada di dalam lagu anda, tekan butang “Generate” dan selesai. Jika anda berpuas hati dengan lagu yang ditawarkan, anda boleh tekan “Proceed” untuk menjana video muzik yang sesuai dengan lagu itu.

Pengguna juga boleh berkongsi lagu mereka di mana-mana platform media sosial. Namun begitu, masih belum ada berita daripada pihak OnePlus tentang isu hak cipta bagi lagu, muzik dan video muzik yang dihasilkan daripada teknologi ini.

Anda boleh cuba OnePlus AI Music Studio melalui pautan ini – https://aimusicstudio.oneplus.in/

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Cara Elak Termasuk 'Channel' Telegram Yang Pelik-Pelik Atau Meragukan
  • Kilang Pembuatan Tesla Cybertruck Dilapor Abaikan Hak Pekerja
  • Insta360 Lancar Kamera Aksi Terbaru, Ace & Ace Pro Dikuasakan AI

Sumber: OnePlus Community

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY