Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2025-09-29 at 5.27.20 PM

Siri HUAWEI WATCH GT 6 Rasmi Di Malaysia, Sokong Touch ’n Go eWallet Dan MyBorderPass

Diterbitkan September 29, 2025 · Dikemas kini September 29, 2025 oleh Amsyar Latif

Selepas debut global di Paris, HUAWEI hari ini melancarkan siri jam tangan pintar terbaharu, HUAWEI WATCH GT 6 Pro dan HUAWEI WATCH GT 6, untuk pasaran Malaysia.

Model baharu ini hadir dengan bateri lebih besar yang mampu bertahan sehingga 21 hari (GT 6 Pro dan GT 6 46mm) dan 14 hari (GT 6 41mm) dalam penggunaan biasa. Skrin AMOLED dengan tahap kecerahan 3000 nits memastikan paparan jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik, manakala sistem kedudukan Sunflower yang dipertingkat meningkatkan ketepatan lokasi sehingga 20%.

Selain rekaan premium menggunakan titanium, kaca nilam dan pilihan tali berbeza, siri GT 6 menyokong lebih 100 mod sukan termasuk ciri baharu cycling virtual power untuk penunggang basikal. Model Pro turut menawarkan ciri tambahan untuk aktiviti ekstrem seperti trail running, golf dan penyelaman bebas sehingga kedalaman 40 meter dengan ketahanan air profesional.

Dari segi kesihatan, ia dilengkapi sistem TruSense untuk pemantauan tidur, emosi, dan fungsi ECG pada model Pro.

Siri ini juga menyokong ciri khas untuk pengguna tempatan termasuk pembayaran QR Touch ’n Go eWallet, aplikasi Waktu Solat Malaysia serta MyBorderPass bagi kemudahan ketika perjalanan ke luar negara.

Harga rasmi di Malaysia bermula daripada RM999 untuk HUAWEI WATCH GT 6 dan RM1,299 untuk HUAWEI WATCH GT 6 Pro.

Siri HUAWEI WATCH GT 6 Rasmi Di Malaysia, Sokong Touch ’n Go eWallet Dan MyBorderPass
Siri HUAWEI WATCH GT 6 Rasmi Di Malaysia, Sokong Touch ’n Go eWallet Dan MyBorderPass

Prapesan boleh dibuat melalui laman rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada dan TikTok Shop dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM446 termasuk HUAWEI FreeBuds 6i serta langganan HUAWEI Health+ selama tiga bulan.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Huawei Bakal Perkenal Teknologi Komputer Baharu Pacu AI Di China
  • Huawei Jadi Rakan Teknologi Utama U Mobile Percepat Inovasi 5G-A Dan AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY