Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR 600 Series Gold White KV

Siri HONOR 600 Bakal Hadir Dengan Naik Taraf Kamera ‘Flagship’

Diterbitkan April 9, 2026 ยท Dikemas kini April 10, 2026 oleh Amalina Athman

HONOR hari ini mendedahkan pandangan pertama bagi siri HONOR 600, iaitu barisan peranti andalan (flagship) terbaru mereka.

Berikutan peralihan ke segmen andalan, siri HONOR 600 menjanjikan peningkatan prestasi, terutamanya dari segi kamera. Peranti ini akan dilengkapi dengan kamera utama 200MP yang lebih berkuasa, serta keupayaan telefoto yang dinaik taraf dengan zum sehingga 120x.

Menurut HONOR, lensa telefoto ini turut mencapai penarafan penstabilan imej profesional CIPA 6.5. Selain itu, AI Color Engine baharu akan memproses imej secara pintar untuk menghasilkan warna yang lebih semula jadi.

HONOR 600 Series Low Light Photography
HONOR 600 Series Telephoto Zoom_Animal
HONOR 600 Series Telephoto Zoom Architecture

Dengan kemasan Golden White, siri ini menampilkan rekaan premium melalui teknologi cold carving.

HONOR 600 Series Gold White KV

HONOR mengesahkan Malaysia merupakan pasaran global pertama yang akan melancarkan siri HONOR 600, dengan tarikh pelancaran akan diumumkan minggu depan.

Menurut syarikat itu, lebih banyak maklumat eksklusif dan barisan lengkap siri HONOR 600 akan didedahkan esok. Ikuti halaman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari laman web rasmi untuk maklumat terkini.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • HONOR 600 Lite Dilancarkan, Harga RM1,399
  • HONOR Acah Telefon 'Flagship' Baharu, Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi
  • Bukan Lagi Peranti Pertengahan, HONOR Siri N Kini Dalam Kategori 'Flagship'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY