Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR 600 Series Launch STD

Siri HONOR 600 Akan Tiba Di Malaysia 22 April 2026

Diterbitkan April 13, 2026 · Dikemas kini April 13, 2026 oleh Amalina Athman

Malaysia akan menjadi pasaran pertama untuk pelancaran siri HONOR 600 pada 22 April 2026, lebih awal berbanding China dan pasaran global lain. Perkara ini diumumkan selepas siri tersebut didedahkan secara rasmi baru-baru ini.

Siri HONOR 600 MY_1
Siri HONOR 600 MY_2
Siri HONOR 600 MY_3

Siri ini akan membawakan naik taraf dalam keupayaan AI, khususnya melalui ciri AI Image to Video 2.0. Ia membolehkan pengguna menukar gambar statik kepada video pendek berkualiti tinggi dengan gaya sinematik.

Berbanding versi terdahulu, AI Image to Video 2.0 kini memperkenalkan tiga penambahbaikan termasuk Multi-image to Video dan arahan tersuai untuk hasil yang lebih khusus.

AI Image to Video 2.0_1
AI Image to Video 2.0_Customise Prompt
AI Image to Video 2.0_2

Selain itu, HONOR turut menawarkan 13 pilihan templat dengan gerakan kamera sinematik, kesan visual dan gaya berinspirasikan filem. Antaranya termasuk Bullet Time dan Dolly Zoom yang memberikan hasil bertaraf profesional. Terdapat juga pilihan seperti Pet Roleplay dan Character Morph untuk menghasilkan visual yang lebih kreatif.

Pelancaran rasmi di Malaysia dijadualkan berlangsung pada 22 April ini jam 3 petang, dengan siaran langsung akan diadakan melalui platform Facebook HONOR Malaysia. Maklumat lanjut, termasuk harga, bakal diumumkan ketika acara tersebut.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY