Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Singapura Rancang Bangunkan Satelite Kesan Kepulan Gas Berbahaya

Singapura Rancang Bangunkan Satelite Kesan Kepulan Gas Berbahaya

Diterbitkan April 29, 2026 · Dikemas kini April 29, 2026 oleh ariff bukhari

Singapura bakal melancarkan satelit dengan kod nama Xplorer, satelit pertama Home Team yang dibangunkan oleh HTX.

Xplorer direka untuk mengesan kepulan gas berbahaya di atmosfera bagi memberi amaran awal kepada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) agar dapat bertindak pantas dalam kecemasan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Keselamatan Negara dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura, K Shanmugam dalam ucapan pembukaan di Milipol Tech X Summit 2026, dengan menekankan kepentingan teknologi angkasa sebagai dimensi baharu keselamatan awam.

HTX bekerjasama dengan Agensi Angkasa Negara Singapura untuk menjadikan teknologi angkasa sebagai sebahagian daripada strategi keselamatan negara.

Dalam ucapan itu, beliau turut memaklumkan HTX akan melancarkan Pusat Robotik Humanoid Home Team (H2RC) pada September 2026 ini.

Pusat itu akan bertindak sebagai pusat inovasi strategik untuk membangunkan robot humanoid khusus bagi keselamatan awam.

Berbeza dengan robot komersial, H2RC memberi tumpuan kepada operasi berisiko tinggi seperti tindak balas bahan berbahaya dan keselamatan kebakaran.

Pusat ini akan menjadi ruang kolaborasi antara HTX dan rakan teknologi, membolehkan pegawai menguji prototaip serta merangka konsep operasi baharu.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Ariane 6 Berjaya Dilancarkan, Bawa Satelit Pemantau Alam Sekitar Baharu
  • 560,000 Satelit Akan Mengorbit Bumi Menjelang Akhir 2030

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY