Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kod QR Singapore_2

Singapura Perkenal Pelepasan Pemeriksaan Imigresen Tanpa Pasport Mulai 2024

Diterbitkan Mei 9, 2023 · Dikemas kini Mei 9, 2023 oleh Amalina Athman

Pengembara akan dapat melepasi Pusat Pemeriksaan Imigresen Singapura tanpa perlu menggunakan pasport, bermula awal 2024.

Sebaliknya, pelepasan imigresen di negara itu boleh dilakukan melalui kod QR jika melakukan perjalanan dengan kereta, atau Sistem Kawalan Sempadan Automatik (ABCS) tanpa sentuhan di dewan penumpang.

Berkaitan

  • Singapura Antara 19 Bandar Miliki Sistem Pengangkutan Awam Terbaik Di Dunia
  • myFirst Dilancarkan Di Malaysia, Ekosistem Teknologi Keselamatan Untuk Kanak-Kanak
  • Entiti Swasta Dijangka Ambil Alih DNB Setelah Capai 80% Liputan 5G

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura berkata kaedah baharu itu akan dilancarkan di semua dewan penumpang di pusat pemeriksaan dengan sekitar 800 lorong automatik menggunakan ABCS mulai suku pertama 2024.

Sementara itu, laluan khas untuk pelepasan automatik dalam kereta menggunakan kod QR akan dibuka di Pusat Pemeriksaan Tuas mulai 2026, diikuti Pusat Pemeriksaan Woodlands mulai 2028. Ianya akan menggunakan Sistem Pelepasan Penumpang Dalam Kereta Automatik (APICS), yang mana percubaan bagi sistem itu telah pun bermula sejak tahun lalu.

kod QR Singapore immi

Sebagai fasa permulaan, proses pelepasan dalam kereta tidak sepenuhnya automatik, di mana pegawai masih akan ditempatkan di kaunter manual.

Untuk prosesnya pula, sebelum memulakan perjalanan, pengembara perlu membuat satu profil dan menjana kod QR individu atau kumpulan pada aplikasi MyICA, dengan menggunakan butiran daripada Singpass atau pasport mereka. Seterusnya, imbasan kod QR boleh dilakukan di kaunter pemeriksaan tanpa perlu menunjukkan pasport.

Semakan imbasan wajah bagi setiap penumpang di dalam kereta kemudiannya akan dibuat menggunakan data yang diperoleh melalui kod QR.

Pengembara juga boleh menyimpan profil tersebut dan menggunakannya untuk perjalanan akan datang, tanpa perlu memasukkan butiran mereka lagi.

Dengan itu, apabila kaedah ini dilaksanakan sepenuhnya, ia akan membolehkan pengembara melakukan pelepasan imigresen di negara itu dengan lebih mudah.

Sumber: CNA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY