Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
myFirst – Key Visual

myFirst Dilancarkan Di Malaysia, Ekosistem Teknologi Keselamatan Untuk Kanak-Kanak

Diterbitkan April 26, 2023 · Dikemas kini April 26, 2023 oleh ariff bukhari

Peranti dengan ekosistem teknologi selamat yang pertama di dunia khusus untuk kanak-kanak, myFirst kini dilancarkan di Malaysia.

Menerusi jam pintar myFirst Fone R1s bersama aplikasi myFirst Circle, ia menawarkan alternatif ekosistem teknologi selamat terbaik untuk kanak-kanak.

Aplikasi myFirst Circle, juga dikenali sebagai “lingkaran sosial kanak-kanak yang pertama di dunia”, menghubungkan aplikasi telefon ibu bapa kepada jam tangan pintar R1s anak mereka selain menawarkan pengalaman yang menyeronokkan.

Aplikasi lingkaran sosial ini dilengkapi dengan panggilan suara dan video, mesej, lokasi serta perkongsian sosial yang digunakan oleh kanak-kanak, ibu bapa mahupun rakan-rakan.

Akses ini hanya terhad kepada kenalan rapat untuk berhubung antara satu sama lain melalui myFirst Circle demi memastikan keselamatan pengguna kanak-kanak.

Sebarang pengiklanan juga tidak dibenarkan dalam aplikasi ini.

myFirst – Social Circles

Jam pintar myFirst Fone R1s pula ilengkapi dengan panggilan suara dan video, mesej teks, pemain muzik, kamera, jam, GPS serta penjejak kecergasan.

Ia turut dilengkapi dengan pemantauan kadar degupan jantung malah pengguna boleh mengumpul lencana menarik sambil mengetahui jumlah langkah mereka setiap hari.

Jam pintar ini juga boleh digunakan untuk melatih kanak-kanak untuk menggunakan tetapan yang terdapat pada jam penggera dan peringatan. 

myFirst – Key Visual

Selain itu, myFirst turut mencipta beberapa produk lain seperti fon kepala  myFirst Headphones BC, Wireless atau Lite.

Fon kepala ini membenarkan kanak-kanak mendengar muzik tanpa menghalang pendengaran mereka agar kekal peka dengan bunyi persekitaran.

myFirst turut mempunyai rangkaian produk yang boleh menggalakkan aktiviti seni kreatif untuk kanak-kanak menerusi myFirst Sketch, iaitu buku lakaran digital yang membolehkan lukisan disimpan secara digital.

Di samping itu, myFirst 3dPen juga membolehkan kanak-kanak untuk mencipta kraf dalam bentuk model 3D.

Manakala bagi kanak-kanak yang meminati fotografi pula  pasti akan menyukai myFirst Camera.

myFirst – All myFirst Products

Beli jam pintar myFirst Fone R1s berharga RM899 stor rasmi myFirst di Shopee dan Lazada.

Berkaitan

  • Buang Cepat 63 Aplikasi Android Ini Kerana Telah Dijangkiti Perisian Hasad 'Goldoson'
  • Seorang Remaja Australia Melecur Teruk Selepas Bank Kuasa Terbakar Tiba-Tiba
  • Anak Muda Ketagih Model iPhone Terbaru Kerana Pengaruh Kawan - Kajian

Sumber: Siaran media myFirst

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY