Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Silver Snipers – Pasukan Counter Strike Ini Dianggotai Pemain Berumur 60 Tahun Dan Keatas

Silver Snipers – Pasukan Counter Strike Ini Dianggotai Pemain Berumur 60 Tahun Dan Keatas

Diterbitkan Disember 26, 2017 · Dikemas kini Disember 26, 2017 oleh Helmi Samsuri

Permainan video dalam talian sering kali dikaitkan dengan pemain berusia muda, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pertandingan e-Sport di peringkat tertinggi.

Kebanyakkan yang boleh kita lihat, pemain dalam lingkungan belasan tahun hinggalah ke lewat 30an, tetapi berlainan pula dengan satu pasukan yang dinamakan sebagai Silver Snipers ini.

Pasukan e-Sport berasal daripada Sweden ini dianggotai pemain yang berusia paling muda 62 tahun dan yang paling senior, 81 tahun.

Berikut adalah senarai anggota Silver Snipers…

Silver Snipers – Pasukan Counter Strike Ini Dianggotai Pemain Berumur 60 Tahun Dan Keatas

  • Abbe “BirDie” Drakborg (75 Tahun),
  • Wanja “Knitting Knight” Godänge (63 Tahun),
  • Monica “Teen Slayer” Idenfors (62 Tahun),
  • Bertil “Berra-Bang” Englund (81 tahun, dan diketuai oleh
  • Öivind “Windy” Toverud (75 tahun).

Ditaja oleh Lenovo, Silver Snipers dibentuk bertujuan mengembangkan jarak usia penonton e-Sport yang majoritinya adalah dalam kalangan kaum muda.

Pasukan ini telah mendaftar masuk pertandingan Dream Hack Winter 2017, dibarisi oleh pasukan-pasukan yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam memainkan GS:GO.

Persamaan antara kelima-lima anggota Silver Snipers adalah mereka semua tidak pernah bermain CS:GO dan hanya mempunyai 3 minggu untuk membuat persiapan menghadapi pertandingan berkenaan.

Walaupun kalah dalam dua perlawanan, Wanja “Knitting Knight” Godänge berjaya mendapatkan headshot sebanyak tiga kali dalam salah satu perlawanan itu.

Pasukan ini sedang dalam peringkat latihan bagi menghadapi musim 2018, dan berkemungkinan mereka akan diperkenalkan dengan beberapa jenis permainan yang lain.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Pesawat Angkasa Boleh Guna Semula Generasi Baharu Bersedia Untuk Misi Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
©2026 WISER.MY