Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sijil Vaksinasi Di Aplikasi MySejahtera Tidak Hilang Cuma Bertukar Kepada Tidak Lengkap

Posted on Mac 31, 2022

Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) menegaskan bahawa sijil vaksinasi pada aplikasi MySejahtera bagi individu yang menolak untuk menerima dos penggalak adalah tidak akan hilang.

Menerusi satu kenyataan media KKMM memaklumkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan penularan mesej yang mendakwa sijil vaksinansi COVId-19 itu akan hilang dari aplikasi tersebut kepada individu yang enggan mendapatkan dos penggalak.

Dalam kenyataan yang sama itu juga KKM menjelaskan, status vaksinasi bagi penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas yang masih belum terima dos penggalak serta penerima bagi semua jenis dos primer yang berumur 60 dan ke atas tetapi belum mendapatkan dos penggalak hanya akan bertukar kepada tidak lengkap sahaja.

Sehubungan itu, KKMM menafikan dakwaan sijil vaksin COVID-19 dalam aplikasi MySejahtara akan dihilangkan bagi individu-individu tersebut.

Sumber: PDRM

Baca juga:

  • Golongan Tanpa ‘Booster’ Dibenarkan Memasuki Premis Dengan Satu Syarat
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • ‘Check-In’ MySejahtera Menurun 25% Sejak Jumaat Lalu
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress