Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna iPhone Kini Dah Boleh Guna Fungsi MySejahtera Trace

Golongan Tanpa ‘Booster’ Dibenarkan Memasuki Premis Dengan Satu Syarat

Diterbitkan Mac 31, 2022 ยท Dikemas kini Mac 31, 2022 oleh Nadiah Ab

Awal minggu ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat makluman tentang dua golongan tanpa ‘booster’ akan kehilangan status vaksinasi lengkap. Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa individu-individu ini masih dibenarkan untuk memasuki premis awam seperti biasa.

Seperti yang diumumkan oleh KKM, status vaksinasi lengkap penerima vaksin Sinovac dan golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak akan bertukar ke “Tidak Lengkap Vaksinasi” mulai 1 April 2022 dalam aplikasi MySejahtera.

Walau bagaimanapun, kedua golongan tanpa ‘booster’ ini masih lagi dibenarkan untuk memasuki mana-mana premis seperti biasa.

KKM turut menyatakan maklumat sejarah vaksin primer yang diterima sebelum ini masih kekal dalam aplikasi MySejahtera.

Pemilik-pemilik premis hanya perlu memastikan bahawa hanya pengunjung yang telah sekurang-kurangnya melengkapkan vaksinasi dos primer dibenarkan masuk ke premis perniagaan, rumah ibadat, dan lain-lain yang berkenaan.

Klik di sini untuk ketahui cara mendapatkan dos penggalak.

Sumber: KKM

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • ‘Check-In’ MySejahtera Menurun 25% Sejak Jumaat Lalu
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY