Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shueisha Lancar Platform Manga Percuma, Tidak Perlu Daftar Akaun

Shueisha Lancar Platform Manga Percuma, Tidak Perlu Daftar Akaun

Diterbitkan Ogos 7, 2026 · Dikemas kini Ogos 7, 2026 oleh ariff bukhari

Shueisha Inc., penerbit manga terkemuka Jepun, meraikan ulang tahun ke-100 dengan melancarkan MANGA MILLION, sebuah platform digital percuma yang membuka akses kepada jutaan peminat manga di seluruh dunia.

Inisiatif ini menawarkan 1 juta halaman manga dalam lebih 100 bahasa termasuk bahasa Melayu, tanpa perlu pendaftaran.

Shueisha Lancar Platform Manga Percuma, Tidak Perlu Daftar Akaun
Walau bagaimanapun, ketersediaan manga yang diterjemah dalam bahasa Melayu adalah terhad.

Antara 400 judul yang tersedia termasuk karya ikonik seperti ONE PIECE, Naruto, Bleach, Demon Slayer, Jujutsu Kaisen, SPY×FAMILY dan Chainsaw Man.

Lebih menarik, hampir 300 judul diterjemah buat kali pertama, manakala 50 judul lain mendapat terjemahan pelbagai bahasa.

Shueisha Lancar Platform Manga Percuma, Tidak Perlu Daftar Akaun

Antara bahasa yang disokong termasuklah Inggeris, Cina, Hindi, Arab, Sepanyol, Perancis, Turki, Tagalog, Korea, Poland dan banyak lagi.

Presiden Shueisha, Hideaki Hayashi, menegaskan visi untuk menghubungkan pencipta dengan pembaca di seluruh dunia serta menginspirasi generasi baharu artis manga.

Projek ini melibatkan kerjasama semua bahagian Shueisha dan rakan pelesenan antarabangsa, menjadikannya salah satu usaha terjemahan terbesar syarikat.

Platform MANGA MILLION kini boleh diakses secara percuma untuk tempoh terhad di mangamillion.shueisha.co.jp, membuka peluang kepada jutaan pembaca menikmati karya manga klasik dan moden dalam bahasa pilihan mereka.

Berkaitan

  • Industri Manga Dan Anime Rugi Lebih 65 Bilion Kerana 'Aktiviti Lanun'
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Lambakan Panel OLED Berkualiti Tinggi Kini Banjiri Pasaran Telefon Baik Pulih

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY